Subscribe to our RSS Feeds
Hello, this is a sample text to show how you can display a short information about you and or your blog. You can use this space to display text or image introduction or to display 468 x 60 ads and to maximize your earnings.

Lagenda bertemu lagenda...

2 Comments »
Dah lebih seminggu dah aku berada di Sarawak..perjalanan hidup yang agak sukar..bukan apa, banyak juga barang yang dibawa balik lebih2 lagi pakaian, laptop, gitar, dan hadiah2 yang kwn bagi..sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Uncle Christopher terus menjemputku tapi abg ku sudah lewat tiba di lapangan terbang tersebut..ahahaha..nak lawan ngan Uncle Christ mana boleh..kereta dia lagi laju.. ingatkan aku dan abg aku terus balik ke Sri Aman, tapi aku faham kerjaya abg ku macam mana sibuknya..terpaksalah aku bermalam satu malam di Kuching..kena juga check-in kat Grand Continental Hotel..barulah selesa nak rehat2kan badan..dah la semalaman aku berjaga di LCCT, KL, tak juga sampai2 di rumah sendiri..2 hari perjalanan..terima kasih kpd akram dan wan cenna kerana ambil berat..juga kepada apai ( hafiz ydp) dan syahir (nydp khar) kerana membantuku mengangkat barang masuk ke dalm bas... uhu..takutke nak mengajar di Sarawak nanti??? wakakaka...tak la jauh sgt, cuma kdg2 tu, kita kena pandai cari pengangkutan awam yang sesuai..kalau nak mengajar di kawasan pedalaman, contohnya kawasan Kapit ke, Sebuyau ke, Lubok Antu ke..kena la pakai byk kenderaan transit..bot lagi tu..ataupun firefly pun boleh..hah..yang tu kalau di bhgn miri atau bintulu... Skrg. aku tingal di daerah Lubok Antu, dekat ngan Batang Ai..hampir 45 km dari Bandar Sri Aman.. cam biasa la.. rindu plak nak hantar entry..skrg aku lebih selesa pergi ke cc untuk layari internet..laju dan murah..uhu..



Masa cuti seminggu lepas, aku dan bapa pergi ke kebun buah di Semilang, Sri Aman..banyak juga buah2an yang dah boleh dipetik.. sempat lagi tengok kambing2 yang semakin membesar.. nanti aku uploadkan sekali gambar2 kambing2 yang comel tu..uhu..dan 'haiwan2' lain..ehe.. dah terubat rindu di hati ketika dapat bersua kembali dengan kaum kerabat keluarga dan juga bersemuka dgn 'kekasih hati'..tapi takkan sama dengan 'seseorang tu'..ehe..pastu sempat juga lihat lagenda merahku yang dah banyak dicalar dan dirosakkan oleh adik ku..tak pe..sabar itu penting..ada rezeki nanti, boleh la aku repair balik..lebih baik ianya dalam keadaan yang original kan..

Buat masa ni, aku nak usahakan tanah keliling rumah untuk pertanian..kecil2an je cukup la dulu..ni kat kawasan persimpangan jalan ke Lubok Antu..datang la nanti kalau nak tengok.. tanah masih boleh dirawat lagi walau rata2nya tanahnya berpasir..pekan L.A jauh la dari rumah..hampir 50 km lebih..baik aku tanam sendiri sayuran..rumah aku kecik je..ehe..

Perjalanan hidup kita masih jauh lagi..teruskanlah berusaha dan jgn pernah berputus asa..jangan ada perkataan 'malas' dalam kamus hidup..utk kwn2 semua, kalau ada umur yang panjang, kita akan bertemu lagi..sms je ye..(+6013-4646214)..call pun boleh..jangan sia2kan hidup..selagi ada peluang, selagi itu kita curi kesempatan untuk memperbaiki apa yang kurang dalam diri..bye..!!

-Great Efforts Make Great Life-

-Stanley@Sri Aman-
6:29 PM

Sunyi..

0 Comments »
Em..tak tau nak kata apa..kesunyian amat terasa pada saat2 sebegini...mungkin esok la hari terakhir aku berada di kolej yang amat berjasa pada aku untuk sekian lama aku menuntut ilmu di UPSI..Kolej Harun Aminurrashid..itulah namanya..kwn2 serumah dah balik dah..tinggal aku ngan Syahir lagi..tu pun dia tiap2 hari g kerja di pejabat kolej..aku pula di restoran depan kolej...dari restoran aku memandang gah terhadap kolej setinggi 9 tingkat dengan 3 buah blok gergasi.. terkenang kembali ke zaman aku mula mendaftar di sini dahulu....betapa jauhnya aku dari keluarga..aku cabar diri sendiri dengan azam yang kuat..aku mendaftar tanpa mengenali siapa2 yang satu sekolah dengan ku dulu..atau saudara mara jauh atau dekat..tak ada...keluarga ku setakat dapat menitiskan air mata di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ketika pertama kali aku pergi terbang jauh ke Semenanjung Malaysia..."yes dad, ok mum..aku anak lelaki yang berani, biarkanku pergi jauh" sms ku sebelum melangkah masuk ke pesawat AK5210..masih ku ingat lagi no. flight ku itu..

Tetiba di LCCT..pertama kali aku melangkah ke tanah besar, ramai sungguh anak2 muda ku lihat bersama-sama meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur...sgt2 excited masa tu sebab dapat lihat KLCC dan Menara KL..ahh..bukan tak pernah lihat pun benda tu dalam tv dan akhbar selama ni, cuma rasanya lain skit apabila pertama kali menjejakkan kaki ke kwsn bangunan itu.. seperti mana juga aku terpesona dengan pemandangan di Kota Larangan dan Tembok Besar China di China dan Candi Borobudur, Candi Prambanan di Indonesia..suasananya jauh berbeza..di mana sahaja pun kita berada, janji kita pandai macam mana untuk 'survive', tak jadi masalah besar..

Kini..aku dah nak habis dah 'mengaji' di UPSI..itu untuk ijazah sarjana muda pendidikan...tak tau lagi la kalau rezeki ada, ingat nak sambung pengajian untuk ijazah sarjana pula...banyak juga kenangan di sini..bermula dengan menjadi rakan exco latihan kerjaya dan keusahawanan, aku dilatih untuk 'berasa tidak malu' dan 'bijak mencari peluang'..dua tu je yang bos aku, Cikgu Dzulhelmi bgtau kat aku dulu..itulah macam mana nak berjaya dalam sesuatu bidang perniagaan suatu hari nanti..memang kepala bisnez la kita ni..tak jemu2 cari duit asalkan halal..pastu Cikgu Aiman..dia sekarang mengajar di SMK Menumbuk, Sabah...dia pemalu skit tp strategi perniagaan yang gila2 dari rexco dia lebih hebat daripada strategi dia..pastu aku pula cuba untuk jadi seorang Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK)..memang payah kerjanya tp aku tak suka mengeluh..semangat cintakan kolej tak pernah luntur..masa tu lah aku belajar cara untuk berkomunikasi dan membina hubungan dengan lebih bermakna..aku sgt menghargai barisan kepimpinan JMK KHAR 08/09 kerana suka dan duka kita rasai bersama..kita ikhlas bekerja, tanpa gaji dan banyak rintangan yang dihadapi, namun akhirnya kita berjaya juga melepasi rintangan tersebut..kolej kita kolej yang gah..dengan penghuninya melebihi 2700 orang mahasiswa/wi..

Semester depan?? aku semester 8..masa tu aku buat latihan mengajar (praktikum) di SMK Kubu Gajah (SEKUGA), Selama, Perak..tak sabar2 lagi nak jadi cikgu ni..ehe..harapan keluarga aku semakin aku penuhi..harap2 semuanya ok..ikut kepandaian diri sendiri kalau mengajar nanti..walaupun hanya sbg seorang guru pelatih..aku inginkan yang lebih 'hebat' dari guru yang betul2 guru..ehe..amacam?? boleh?.. wait n see..keluaran UPSI bukan main2 ooo...mcm2 kemahiran yang ada..

Keinginan mengajar di sekolah di kawasan luar bandar amat tinggi..bukan la tak nak mengajar di bandaraya2..tapi bak kata orang, di mana yang lebih memerlukan, di situah kita berada.. walaupun begitu, byk juga tempat2 menarik yang boleh dilawati di kawasan Kubu Gajah, Selama, Perak..antaranya; Telaga Gergasi, Taman Herba, Sungai Atas Sungai, Kota Raja Bersiung dan banyak lagi..Homestay pun ada..nanti boleh la kwn2 melawat kita di sana..tempat yang dirasakan agak sesuai untuk menenangkan fikiran..Bandar Taiping pun tak la jauh sangat dari kawasan Kubu Gajah..tu memang tempat favourite aku..ada Zoo Taiping, Bukit Larut, Bukit Merah Laketown Resort dan mcm2 lagi..pasar malam yg bez lagi tu... semua ini mungkin hanya untuk menyenangkan hati yang sedang kesedihan meninggalkan kwn2 di UPSI dan juga di KHAR... lama2 akan jd okay la perasaan ini..

Esok..(23.11.09) pkul 7.30 p.m, aku dah nak bertolak ke Kuala Lumpur dari Bahtera Arcade, bas SKSKL..harap kwn2 yg sudi bertemu (mungkin untuk yang terakhir kalinya..) denganku, sms la ya..atau call lagi bagus..biar kita lepaskan apa yang ada di dalam dada dan jgn dipendam dalam hati..kwn2 semua la lagenda hati.. 24.11.09, 3.15 p.m, LCCT, AK5210, aku akan berangkat pulang ke pangkuan keluarga setelah sekian lama merantau di negeri orang...ramai yang menunggu..

Sekelip mata sahaja semuanya berlalu pergi..kenangan biarlah tinggal kenangan..yang comel, teruskanlah menjadi orang yang comel..tetapi mesti berhati mulia..begitu juga untuk yang cantik2 dan hensem2..selamat tinggal semua..teruskan perjuangan..

-Stanley James Peter-



You Are The Legend..!

1:53 AM

Thanks AirAsia..!! Penaja rasmi aku yg baru...

1 Comments »


What??!! Itulah perasaan aku ketika 1st time terima email dari pihak pengurusan AirAsia ..diorang bagi e-gift voucher..tak la banyak sgt tp boleh la.. aku kan orang miskin..diorang cam tau je aku dalam kesusahan sekarang...uhu..Thanks God...Penerbangan free ++ rm200...ehe..suka hati bila nak guna sebelum Februari tahun depan...tp baik aku guna peluang ni utk penerbangan balik ke kpg je..tak terkata rindunya pada keluarga..hampir setahun tak balik ke kpg kan..latihan industri punya pasal la..dah la 6 minggu hidup tanpa elektrik..memang ni la antara ujian hidup paling hebat pernah aku rasai selain drpd hampir maut (20% je peluang utk hidup-menurut doktor keluarga) ketika kemalangan 7 tahun yang lepas..masih tingkatan 4 lagi masa tu....patah sana, patah sini, darah diheret atas jalan., pecah sana, pecah sini..aku pengsan sebab seram tengok darah diheret atas jalan raya..ramai org ingat aku dah mati dah masa tu...darah keluar juga dari helmet..uhu...moto remuk dari depan sampai tengah..hampir hancur lagi tu..lain kali aku tak nak lg merempit sorang2..;p AirAsia sentiasa prihatin terhadap penumpangnya walaupun kadang2 terpaksa menangguhkn jadual penerbangan..keselamatan lebih penting..keadaan cuaca yang tidak baik menyebabkan penumpang AirAsia terpaksa menunggu untuk seketika..walaupun aku pernah tungggu ketibaan adik kandung di LCCT selama lebih 11 jam lebih lewat dari jadual asal, apakan daya, sabar ja la..kejap je tu..sesungguhnya sabar itu adalah kunci kejayaan hidup kita...sebenarnya, kita kena gerak lebih pantas dalam kesabaran..baru dapat nikmat hidup.. maaf ya kwn2..tarikh aku smpai di swk masih lg menjadi rahsia..hidup kita ni kalau tak menyusahkan orang dah kira ok la tu..smpai bila aku nk menyusahkan ibu bapa..cukuplah dengan kepayahan melahirkan aku dan membesarkan aku...dah masanya untuk aku balas jasa baik orang tua..uhu..biarlah semuanya menjadi kenangan..tak ada dendam..tak ada benci..aku syg kamu semua... pilih la jalan hidup yang betul dan jangan lupa pada asal kita...pulanglah ke pangkuan keluarga selagi masih ada kesempatan..duit kat mana2 pun boleh cari, tapi kesetiaan org tua kita menunggu kita jauh lebih bernilai dari apa2 pun..setitik air mata mereka pun yang jatuh, jangan kita biar berpanjangan.. Kalau ada silap dan salah..jutaan keampunan diminta..semoga kwn2 semua bahagia bsama org yg disayang.. kalau anda sepasang kekasih, jadilah pasangan yang setia; kalau anda seorang suami/isteri, patuhlah pada peraturan2 kebahagiaan rumah tangga, kalau anda seorang ibu/bapa, jaga dan bentuklah anak anda sebaik mungkin, kalau anda seorang guru, peguam, doktor, kerani, menteri, bisnesman sekalipun, berbaktilah pada rakyat dan golongan yang memerlukan..kerana anda pun memerlukan orang lain untuk menjawat jawatan sebegitu..!!

p/s: jgn marah ya..nanti kena jualll...ehe...love you all...


-Stanley James-
12:21 PM

My lovely college..KHAR..bye..

0 Comments »


Selamat tinggal pada semua kenangan dan pengalaman pahit manis di kolej ini..

-Stanley James-
1:42 PM

Kenangan Terakhir..

0 Comments »

Mungkin inilah kenangan yang terakhir bersama rakan2 'sehidup semati'..Seronok juga dapat mandi-manda di sungai Kalumpang semalam bersama-sama dengan kawan baru; saiful, adit dan ekin yang sgt2 comel..nak tau ekin tu siapa?? ehe..rahsia la... dah lewat tengah hari dah..tapi kita teruskan juga..memang sejuk..semua duka dapat dilupakan...'setiausaha politik' aku pun ikut sekali..byk benda nak dibincangkan..kununnya..ahaha..kita nk buat persiapan rapi..ada beberapa 'projek mega' dah dirancang dan akan dilaksanakan sebaik mungkin...shhh..apa2 pun..terima kasih kepada kwn baik stan, pius n stephenie kerana sudi mengajak aku ke tempat yg lebih dekat dengan alam..diorang dah mcm adik beradik aku..i'm yours..wakakaka...thanks to my great photographer...alban..

-Stanley James-

11:44 AM

Sejuta Keampunan Yang Ditolak..

0 Comments »

Shallom...

Firstly, sejuta keampunan diminta daripada sesiapa yang ‘terasa’ dengan entry yang baru aku post kan awal2 pagi ni..sejuk sangat pagi ni..tapi dalam hati masih lagi ‘panas skit’ dengan mesej yang dibalas melalui sms petang semalam...

Bukan apa..hujung2 pengajian di universiti ni aku ingat nak baik2 dengan semua orang..tiap kali jumpa kawan2 lama, kita saling maaf-bermaafan.. Teringat pula dengan seseorang yang sehingga hari ini pun dia tak maafkan aku malah bertambah benci dia pada aku..entah la..orang lain mungkin tidak..tapi dia semakin hari seperti semakin memusuhi aku..

Bukan nak hipokrit (katanya padaku), tapi ini la niat kita nak berbaik-baik..hantar je sms..pastu harap2 dapat mesej yang menggembirakan dari dia..tapi lain pula jadinya..tak apa la kawan ku, selagi kita masih bernyawa, selagi itulah kita dapat berjumpa.. Kamu tak pernah pun lebih dari seorang kawan..kan..kan..

Sudah la tu..cuma aku silap menghantar mesej..diberi warning lagi tu supaya aku jangan sms atau call lagi pada kwn ku itu..jd, bgmana nk tau khabar tentang kamu, hari ini, esok dan hari2 akan datang?? Kenapa ego sangat??? Aku tau la memang ini sikap aku, suka berkawan dengan orang yang masih bencikan aku..tapi kenapa nak teruskan juga dengan kerasnya kepala mu itu???!!! Semakin suka kamu memarahi saya, semakin suka saya berkawan dengan kamu.. dari kecil lagi, walau dipukul kawan supaya menjauhi diorang, aku masih lagi mau berjabat tangan dan berkawan semula walaupun selalu dimarahi..pukul la aku sekuat manapun kamu mau, aku tetap mau berkawan dengan kamu..itu kisah dari kecil lagi...bapa ku memang garang kalau aku buat sikit pun silap..tapi sangat penyayang kalau kita orang adik-beradik ikut disiplin yang dia nak..biasala kan.. seorang cikgu dan seorang bapa yang baik..

Emm..baiklah..bukan semua apa yang kita inginkan kita akan dapat walau kita dah cuba sedaya upaya kita..dan tak semua manusia sempurna..kalau kamu nk sgt2 berkawan dengan org yg sempurna, carilah dan kejar lah ia..i’m not anybody..jgn ubah perangai kepala kerasmu itu..untuk kwn2 yang lain, teruskan perjuangan kita..!

-Stanley James-
11:40 AM

Sedia kah aku..??

0 Comments »


Aku ingat masih lagi blurr ketika nak g exam penyelidikan ilmiah..terlewat juga masuk tempat exam walaupun masa baru bermula..dalam tak sedar, rupanya kertas soalan hampir dibuka tapi nota2 exam masih ada kat meja..ada beg lagi tu..tak sempat simpan..wakakaka..nasib baik tak kena 'cekup' lagi..mcm buat jenayah je bunyi nya kan..ehe...inilah kali pertama dalam byk2 exam aku, aku terbawa nota semasa nak jawab soalan, pengawas lanjutkan masa kerana tak siap2 lagi (15 minit atas budi bicara dan persetujuan semua pengawas serta pelajar lain) dan pertama kali tangan aku berasa kebas dan 'beku'...aha..sikit lg nak siap..sgt2 sikit..tp tak apa la..bukan menyerah kalah..tapi dah takdir tangan tak boleh menulis lagi..balik dari exam, terus urut2 skit tgn..ehe.. so, moral of the story..kpd kawan2 semua, jgn la buat benda2 sebegini..rehat kena cukup sebelum exam..tu je kott...aku memang dah bsedia..!!
2:06 PM

Kenapa???

0 Comments »
-Kenapa ada kamu ketika dia ada aku??-
3:48 PM

Nakal nye anak ku...

4 Comments »


Bukan papa nya tidak cukup duit untuk beli pakaian, tetapi memang anak kecil ini suka duduk dalam buah...sejuk..tak perlu aircond...mamanya dulu mengidam buah tembikai masa mengandungkannya..minum tembikai tiap2 hari,..ni lah hasilnya, baby tembikai pertama di dunia telah lahir...ahahahahaha...
4:31 PM

Tidur Waktu Kuliah...Exam Jangan.>!!

3 Comments »


Inilah cara bagaimana nak tidur ketika kuliah sedang berlangsung..dah jumpa dah caranya yang paling sesuai untuk dua orang kawan saya, azwan dan syahir yang suka sgt tidur..tak kira di mana-mana...dalam bas, bilik air, pejabat bitarasiswa, rumah, taman bunga dan juga bilik kuliah...wakakakaka...Selamat Menghabiskan Final Exam yang betul2 final..juga untuk kawan2 semua yang dah berada di semester 7...uhu...

-Stanley James-
1:44 PM

Good Luck..!!

0 Comments »
GooD LucK semua..!!!

Dalam Exam,

Kuatkan Semangat, Tabahkan Hati...

Lupakan Segala Apa Yang Membuatkan Kita Susah Hati...

Jangan Kata..."Susah la.."

Jangan Cuba Meniru Kiri Kanan Depan Belakang Atas Bawah Luar Dalam...

Fokus & Ingat Pada Apa Yang Telah Dibaca..

Akhir Sekali...

Sama-samalah Kita Berjuang..

Ingatlah Bahawa Setiap Orang Berhak Menjadi Juara...

12:38 PM

bermain mata???

0 Comments »


Kini aku cuba untuk menenangkan fikiran..dah rungsing dah nak fikirkan benda lain...nak fokus pada yang utama dahulu...dan yang setia menanti...agama, keluarga, pendidikan, kekasih hati, dan kawan2 tidak diabaikan...tp sekarang aku lebih suka bermain 'magic eye'...bukan bermain mata ye...ehe..kata Bob.."jangan over sangat..nanti tunang marah.."..aha... Magic eye ni bagus untuk merehatkan minda yang telah penat..seronok bermain nya...byk koleksi dalam internet...kalau kwn2 dah expert, bgtau aku ya...ehe...kat atas tu dah ada contoh dah..teka la apa ada dlm gambar tu..3D image ya...pandai2 la tengok..mesti ada sesuatu...thanksssss.!!!!
2:48 AM

Senyum2 Pantai.....

0 Comments »


Beginilah gelagat kawan2 ketika berada di tepi pantai...
aku takut juga dengan 'big monster' paling depan tu..ahahahahaha..
hidup lah dengan aman dan tenteram...memang pada masa ni..
aku lupakan segala masalah yang ada..memang relax..

Hargailah sesuatu itu sebelum kita kehilangannya..walaupun ianya hanyalah sebutir pasir...
11:54 PM

Don't Cry Anymore..I'm Serious....

0 Comments »


Maybe this is my true heart feeling recently...i'm really serious n don't want to take risk in my life anymore....last nite i was sent one message to somebody else that always broke my hopes...my message via sms, ym n iMesh...

"mupuk aku..enda aku ngacau pengidup nuan agi..tp siti pkara agi..nuan meh indu ti paling aku sayau di dunya tu..selamat tinggal S...."


11:14 PM

Cara membuat STORAGE dalam aplikasi maya.

0 Comments »
Hai kawan2...terlupa pula nak bgtau cara untuk membuat satu pusat penyimpanan atau storage dalam aplikasi maya..maksudnya hanya dengan menggunakan internet. Cara ini lebih mudah dan selamat digunakan..'play safe' la..ehe.. tidak ada virus yang boleh 'menelan' fail2 dan dokumen-dokumen kawan2...layari laman web: www.divshare.com dahulu.. lepas tu register je la... kalau kwn2 nak tau, storage ni free je..saiznya 5G untuk penggunaan yang free.. hanya guna satu email untuk satu divshare .. ada password..dijamin selamat...kalau nak saiz yang lebih besar, kena bayar dan register atas nama divshare..saiznya sampai 2000GB lagi tu..memang besar..tp aku guna 1 divshare dulu.,.tu pun tak penuh lagi..

Selain daripada dokumen, kwn2 boleh juga simpan lagu, gambar, video dan pelbagai lagi.. mungkin cara ini dapat melindungi segala fail kwn2...aku dahulu pun selalu dengan masalah tinggal thumbdrive la, kehilangan fail sebab virus lagi, guna cd pun cd boleh calar..tapi sekarang..senang je..asal dapat internet, terus simpan dalam divshare..pergi je mana2 kedai komputer, terus buka dan print je..senang kan...kalau nak download pun boleh juga..10 kali lebih laju dari laman web yang lain..

jadi, apa tunggu lagi?? gunalah divshare..!! uhu...bukan promosi ye..aku tak dibayar gaji pon..ehe..

www.divshare.com selamat mencuba..!!!

-great technology make great work-
9:36 PM

Teman..

0 Comments »
Teman ku temui dirimu,
Di suatu persimpangan,
Dalam menempuh liku-liku kehidupan,
Bersama ukiran sebuah senyuman yang menguntum,
Sambil menyambut salam mesra penuh ramah,
Lalu..ku catitkan di dalam diari kehidupan,
Pertemuan, perkenalan, kemesraan...

Teman..telah ku bisikkan pada suara alam,
Betapa terharunya hati,
Betapa terhiburnya hati dengan usikan dan gurauanmu,
Namun..kemesraan itu,
Terpaksa diakhiri dengan fenomena pilu,
Diiringi titisan jernih yang mengalir lesu..

Di tanah gersang,
Teman akan ku kumpul kenangan demi kenangan,
Akanku hayati ia di kala aku kesepian,
Kerana aku tak akan sekali-kali melupakan,
Akan ku kenang selama-lamanya,
Temanku...


Winonsoi mantad,

Susheila Kamilus,
3 Amanah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Nambayan
Tambunan, Sabah

-great poem make great person-
7:05 PM

my dream place...!!!

0 Comments »


Jom...kita g sana ramai2..Bukit Fraser la..my dream place...
6:22 PM

Entah...Kapan Lagi Ya..??

0 Comments »


Entah la nak buat apa skrg...duduk je kat library...nak siapkan tugasan untuk kali yang terakhir..
Tapi perjuangan tak akan selesai lagi...petang ni pula nak submit tugasan..then..nak attend taklimat praktikum kat taman bernam,..malam pula ada jamuan makan malam kat KUO...em..
entah la...hidup ini tidak la kosong tapi....semakin hari demi hari..aku semakin rasa kesunyian...
aku kerja pun tak la best sgt skrg...cuma nak tolong2 je..amik skit lg pengalaman..esok kuliah terakhir di UPSI..!!!!
6:13 PM

Milik Siapakah Dia Ini???

5 Comments »


Milik siapakah dia ini??? Inilah kawan ku yang sedang tenat membuat segala assignment mungkin untuk kali yang terakhir..beliau seperti terlantar di hospital...menurut sumber2 yang boleh dipercayai, Wan (2009) menyatakan bahawa beliau mampu untuk tidak tidur selama lebih 39 jam semata-mata berkorban untuk membuat assignment..dalam gambar di atas, beliau masih tercari-cari lagi sinar bahagia...ada suka ada duka..orangnya ceria..kalau nak gembira, bergurau lah dengan orang dalam gambar ni..tapi jangan la over...ehe..mengikut pengalaman yang dialami, beliau berbahaya juga kerana menurut beliau, beliau mampu 'tertumbuk lengan' orang lain tak kira siapa orang lain tu...wakakakaka..lecturer saya pun pernah kenaa..ehe.. itulah namanya asam garam kehidupan dan janganlah takut untuk menghampiri beliau... nak no phone??...beliau tak la single but still available..ye kott..ehe..beruntung juga siapa yang dapat memiliki hati beliau...ehe... (mat salleh berketurunan arab campur melayu campur cina campur banyak lagi..)... minta maaf Wan.!!!!!

- Stanley yang naughty-
10:17 PM

Perjalanan Hidup yang Tak Pernah Henti2..

0 Comments »
Ada yang best...ada juga yang tak best...inilah perjalanan hidup yang tak pernah henti2 berjalan... Ke selatan, utara, barat dan timur..hampir habis dijejaki di Semenanjung Malaysia.. Semester depan nak g buat praktikum...kat SMK Kubu Gajah, di Selama, Perak... pernah sekali g sana semasa sem 1 dulu...ada banyak kampung2 di sana...tidak juga jauh dari Bandar Taiping...kawan2 dah ada cadangan nak menjelajah ke negeri Kelantan dan Terengganu pula lepas ni..ehe..harap2 seronok la.. Minggu lepas, stan dan rakan sekelas g buat research mengenai kajian atmosfera di Cameron Highlands..3 hari 2 malam..macam senior2 diorang yang lepas la kan..kita buat cerapan sambil mempraktikan cara untuk menggunakan pelbagai aplikasi peralatan untuk mencerap data-data. Yang bestnya, stan dapat 'makan angin'..memang tempat yang tinggi2 ni jadi kegemaran stan..cam dulu2, stan selalu g Genting Highlands (4 kali) dan Fraser Hill (1 kali je..). CH ni pula yang kelima..ehe...dan mungkin inilah yang terakhir bagi stan g sana masa training kat UPSI..takpe2..dah kerja nanti stan ajak family stan pula..makanan kegemaran stan pun byk kat sana..pilih saja.. Yang TAK best nya pula...stan banyak bagi orang sana duit...ehe..stan banyak berbelanja la..kwn2 stan tak caya yang stan bawa rm5 je pergi sana..ehe..pandai2 la survive..hari sabtu baru la hati senang skit dapat amik duit kat mesin atm.. petang sabtu menjelma..aiyo..stan g Kea Farm..dekat ngan Equatorial Hotel..beratus juga la habis...fuhh..nasib baik tak pakai lg kad2 yg ada dlm dompet..'mati' stan mau bayar nanti..aha.. stan sempat beli beberapa pasang pakaian untuk dua orang 'anak' stan...baby lagi kan..Brandon Paul n sister Hazel Allysha, penyambung warisan kerabat keluarga stan..kasih sayang adalah asas kebahagiaan..stan cuma berharap dapat jadi bapa yang baik suatu hari nanti.. Apa2 pun.. perjalanan hidup kita memang tidak pernah berhenti..walaupun anda seorang pemimpin, seorang guru, seorang petani, seorang nelayan, seorang doktor, seorang kawan, seorang adik, seorang abang, seorang bapa atau emak dan sebagainya, semaikan lah kasih sayang dan bantulah sehabis daya upaya golongan yang memerlukannya..bagaimana kita nak orang layan kita, begitulah cara kita melayan orang lain..ingat2 la selalu.. sayonara...


Bersama junior yang cute2, Agnes dan Melynie

-great traveller make great life-
5:06 PM

Tiada Lagi Tangisan, Tiada Lagi Keperitan..

0 Comments »


Bebaskan dirimu daripada keperitan hidup....jadikan setiap pengalaman kita sebagai pengajaran untuk menjadi lebih dewasa pada masa akan datang..setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya...ketahuilah bahawa sinar bahagia itu lama sudah menjelma di depan mata..jangan siakannya...

John 3:36 "He who believes in the Son has everlasting life; and he want who does not believe the Son shall not see life, but the wrath of God abides on him."

-Stanley was in Suffering-

(Gambar ini diambil ketika aku ditahan di Sick Bay, KHAR, UPSI dua tahun yang lalu atas ujian yang diberikan oleh Tuhan yang hampir meragut nyawa kali ke dua jika terlambat sedikitpun...10 hari berada didalam rumah itu tak boleh keluar memang memeritkan bagi sesetengah orang..Jutaan terima kasih kepada sahabat2 yang sudi menjenguk dan bertanya khabar. Tidak dilupakan juga jasa baik En.Ghazali Din sekeluarga atas kesudian menjaga makan dan minum sepanjang tempoh 'tahanan' Keprihatinan semua pihak termasuk JMK KHAR akan dikenang buat selama-lamanya..)

Kepada sahabat-sahabat, teruskanlah perjuangan kita yang semakin mencabar..memang tak akan pernah selesai sehingga tibanya hari kiamat kita..tiada lagi tangisan, tiada lagi keperitan...


-Stanley dah ok dah-
4:46 PM

Pertama kali melihat 'spesis kenyalang' di Pulau Pangkor.

2 Comments »


Inilah pertama kali aku melihat begitu banyak spesis burung kenyalang di Pulau Pangkor.. Tetapi di Sarawak, memang masih banyak lagi spesis seperti ini dan lebih besar lagi saiznya..
Resolusi gambar ini mungkin kurang jelas kerana gambar ini dirakam menggunakan handphone (nokia)..memang seronok bagi burung2 ini makan biji buah yang kecil...jadi, kepada sesiapa yang ingin merasa bagaimana keindahan negeri Sarawak, berkunjunglah ke Pulau Pangkor kerana burungnya...!! I LOVE SARAWAK..a place like no other..!!!!
3:15 PM

Jangan Kamu Cari Aku Lagi..

0 Comments »



Hari ini aku ada lagi di kolej...esok aku tiada lagi...tak usah kamu cari aku lagi... aku nak lupakan kehampaan 'kamu dan aku'..ahahahaha..jiwang...esok aku nak ke tempat yang agak cantik...ada bunga2 ros, buah strawberry & apple, rama-rama, dan macam2 lagi....kali ke-5 aku g sana...memang tak jemu..teringat aku suatu masa dulu aku pergi ke sana dan 'terbeli' sekuntum bunga ros putih yang cantik..sangat harum dan segar..ketika tu aku ikut rombongan dari Biro Keusahawanan, KHAR..saja2 makan angin..masih ada girlfriend lagi masa tu..Florence..aha..terus-terang je la.. kerana terlalu rindukan si dia tu, jadi aku pun belilah bunga yang paling cantik..sesampai di kolej..ehe..aku terlupa sesuatu..gf aku di Sarawak la rupa2nya..aduihhh...pening kepala..tapi tak pe...aku hadiahkan bunga ros yang cantik tu kepada seorang 'kawan'...yang dah lama aku minat..sejak dia dari semester 1 lagi rasanya..ehe..tapi kesetiaan kpd gf tetap ada.. :P itulah pertama kali aku hadiahkan bunga kepada seseorang dan dia pertama kali terima bunga dari seseorang lelaki...thanks J..nak anggap mcm gf tak boleh..sebab tak de apa2 lagi ni..ehe..nak pakai ayat Nabil segan pula..."bila kita boleh jadi couple?" wakakakkaka..aku lagi nakal dari Nabil...kalah juga si Azwa ngan Apai tu..aha.. ehh..panjang pula coretan ini..aku nak g Cameroon Highland la..buat kajian mengenai atmosfera..nak cari benih2 bunga...cuba tanam kat kawasan sekeliling rumah di sri aman..aha..kalau tak jadi, bukan salah aku..tp kat sana, dah ada dah orang lain tanam apple dan bunga kobis..iklim ok skit la..tak panas, tak juga sejuk..ok la frens...sampai berjumpa lagi...
9:56 PM

Patah kaki lebih baik dari patah hati??

0 Comments »
Kenapa patah kaki lebih baik dari patah hati????

1) patah hati boleh membawa mati, patah kaki, tak mungkin mati...

2) penuhkan buku rekod perubatan...buku hati mana ada...

3) patah kaki banyak ubatnya...patah hati?? susah cari ubatnya...

4) tak la bsusah payah g main futsal kalau patah kaki..rehat dulu..ehe..alasan la.. tp kalau patah hati, tiap2 hari main futsal..nak lepas geram..penat la..baju pun byk kena basuh, stokin, kasut,..mcm2 ada..

5) insurans tanggung perbelanjaan perubatan..kalau patah hati..mana dapat duit..aha..

Tetapi....kecil je kecederaan ini...retak skit je.. :p boleh main futsal lagi..cuba la..pastu tak dpt duit insurans..aha...

- jgn patah hati ye...-
1:04 AM

Think about it......

0 Comments »
Berada lah di tempat yang kita dapat diterima oleh semua orang dan jangan berada di tempat yang kita susah dan memang susah untuk diterima oleh orang lain.. pandai2 la fikir ya apa yang sya maksudkan ni....kebahagiaan milik bersama..
11:00 PM

Kawal emosi???? Macam mana??

0 Comments »
Hye frens...'nama berita'?? kali ni sya nak dedahkan bagaimana kita boleh kawal emosi dengan senang..ni ikut cara sya la.. apa yang penting, kita kena cari punca sebenar kita mengalami tekanan emosi...sya skrg pun tertekan juga tapi tetap cool...buat kerja kena berhemah..

Dari pengalaman sya la kan, tekanan emosi yang paling kuat melanda kita adalah berkenaan 'relationship'.. perhubungan dengan keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga, dengan majikan, dengan pekerja, dengan orang yang baru dikenali, dengan orang yang tak dikenali, kekasih hati..dan macam2 lagi..

Itulah pengalaman kita kan..mcm2 juga...itulah kehidupan..kalau tak de masalah, maksudnya itu bukan kehidupan..masalah itu yang menjadikan kita semakin matang dan matang dan terus matang...sampai la kita jadi 'tua'..

Sya buat simple2 je..tak banyak langkah yang perlu diikuti.. ok puan2 dan tuan2...ini bukan teori kaunseling ye...ehe..

step 1: kita tau kita marah, sedih, takut, rungsing, bimbang, kecewa dn mcm2 lagi..ok..tahan dulu semua itu..kembali ke normal..i mean, kosongkan fikiran...tarik nafas panjang...cuba ingat betapa damainya air laut yang bergelora seakan-akan mengalun irama yang merdu...sedap kan bunyi nya...

step 2: cari sesuatu yang lain tempat kita boleh lepaskan geram...jgn pula lepaskan kat benda2 hidup atau benda yang kita sayang..tak boleh la...ok kalau sya, sya akan mulakan dengan bermain 'dart' atau lepaskan geram kat game dalam laptop...NFS Most Wanted..aha..sya boleh langgar kereta polis dalam tu..baru puas hati....

step 3 : minum la seberapa banyak air kosong...bukan alkohol atau wain ya...lagi banyak marah, lagi kuat minum...itu cara saya...tapi jangan sampai 'lemas' sudah la...dan jangan lepaskan perkataan geram kmu terhadap kwn2..

step 4: buat kerja lain dengan bersungguh-sungguh...cam sya, kemas2 rumah ke..lagi tertekan sy, lagi rajin sya kemas rumah..rumput2 kat luar rumah pun habis dipotong...selesai kemas rumah, lihatlah hasilnya..bersih kan??? ada juga maknanya itu...

step 5 : sudah penat kemas rumah ke buat kerja lain ke..sy amik langkah terus tidur..tidur ni baik untuk kesihatan..sangat baik..di samping itu, minda kita tersusun secara automatik di samping merehatkan badan... kalau masih juga tertekan...ala..bawa ja dalam mimpi...bergaduhla dalam mimpi, terjun la dalam mimpi, semuanya dalam mimpi...

Ok la kawan2...mungkin setakat ni dulu sya mendedahkan bagaimana untuk mengawal emosi... kalau ada yang baik dari sya, cuba la ya...kalau tak ok tu, abaikan saja..sya cuma bg nasihat secara ringkas..tidak buang masa...perhubungan perlu dijaga dengan berhati-hati..memang bukan senang nak jaga hati smua orang tapi ingatlah..berusahalah untuk menjaga hati semua orang..

p/s: senyuman adalah sesuatu yang sangat ajaib di dunia..ingatlah kwn2...senyum la kepada semua...jangan tension maa... - you are not alone..-
8:54 PM

photoshop?? hebat kan??

0 Comments »


Memory at Jogjakarta, Indonesia..

Betapa prihatinnya pemimpin kolej (KHAR) kita (MT) terhadap nasib anak2 bumi Indonesia yang belum lagi memasuki alam persekolahan secara formal..tetapi apa yang kita amat kagum, walaupun mereka masih kecil2 lagi, sudah pandai untuk membaca 'pancasila negara mereka'. Plz..no war..!! as we live under the same sun, under the same moon..

hati tak tenteram...demam..demam..dan terus demam...dah masuk 4 hari demam..baru semalam aku teringin nak belajar mcm mana la nak edit2 gambar guna photoshop mcm kwn2 aku yg amik kelas multimedia...skit2 pun tak pe....pagi ni aku edit lagi gambar. (memory at jogjakarta,indonesia)..pagi2 je terus ada idea datang.. biasa la kan..dulu girlfriend selalu je kejutkan kalau nak g kelas ke, nak g mana2 kalau dah pagi... sekarang dah tak de lagi..bukan la aku malas dahulu ..tp sengaja..ehe..tiap2 hari mesti bersemangat teruskan hidup kalau dah dengar suara orang yang kita cintai kan....bangun je terus nyanyi lagu rock..tak jiwang laa..mana ada...sekarang..em,,suara emak lagi sedappp..."nak, dah bangun ke? jgn lupa bterima kasih pd Tuhan kalau dah bangkit dari bangun ye nak..".. ok mum..!!.. kalau bapa yg kejutkan, mesti dengan nada yg 'menakutkan;..ehe..tak ada seni langsung..tp aku tetap sayang kedua-dua ibu bapa aku..tanpa diorang, aku mungkin takde berada di universiti ni dan juga dunia ini.. harap2 esok lusa aku sembuh dn dpt meneruskan perjuangan hidup...ibu kaki ku sebenarnya yg bawa masalah...terseliuh sebab tersepak kaki kerusi minggu lepas..bukan nak cuba bandingkan kaki siapa lg kuat, tp memang tak sengaja sepak kaki kerusi tu..nak jwb panggilan dgn cepat2 kan.. bapa yg call..tp aku tetap senyum..tak nak bg org tua risau...lepas tu, seharian mengerang kesakitan...jgn2 sudah patah..sakit lagi ni...hari selasa baru nk g pusat kesihatan..bz sgt dgn proposal..memang tak pernah siap..ehe..tinggal satu je lagi kot..pas ni aku nak relax2...nak hantar barang ke sarawak..uhu...sem depan kan praktikal...datang la nanti ke rumah sewa ku yang baru...byk juga tempat makan angin di sana..selama, perak..tu la daerahnya..dkat ngan taiping..juga pulau pinang...sampai di sini la dulu ya..nanti kita 'dating' lagi...love u all..!
2:58 PM

My Diary ( 2-4 Oct '09)

0 Comments »


I'm getting bored when i was wake up earlier diz morning..dun no what can i do...open my cellphone n checking my inbox..wow..so many mesages oo..i'll replying it later...then edited the picture ..beijing still in my memory... I juz come back from Pangkor Island actually last evening..and this time is my third trip to diz place..but i got new place to go...Seagull Resort..small room but very nice to sleep..before, i went to Pangkor Village n Teluk Dalam Resort...nice view to see...our class vacation took three days to have some activities such as snokerling, swimming, boating, beach volleyball, BBQ, fishing (my fren caught shark but too small la), karaoke, feed the hornbill n many more n last day we had an island tour..Dutch Fort, The Mini Great Wall of China and Food's Factory..we were going through the village of chinese, malay and indian's community..we can see the differences of their culture even though they are living on nearly places.. kali ketiga pergi sana tak la kekok sangat tp panasss..aku kena sunburn...ehe..memang cepat..kalau nak cerah balik memang lama..jd jgn la terkejut kalau terserempak dgn aku...Every morning n evening, i went to 'mandi-manda'. then 'sunbathing (kononnya nak tiru gadis2 org putih di sebelah..tp panas la..ehe..)....it was not my fault la kawan..ehe.. minggu2 depan pula, maybe i will going to cameron highland to make research n complete my assignment..kajian atmosfera.. prof.dr.zainudin will leading us for three days..pengarah program bagi aku tugas jadi photographer la pula..uhu..kali ke-5 aku g sana nanti...tak boring tapi akan pening penat lelah semput la..dah la jalan bengkang-bengkok..i hope our bus driver will driving with careful..gaung dalam tu...ehe..(andainya aku pergi dulu)..aku nak sambung tido balik...dah hampir pkul 7 pagi..tido sekejap la..bye..n have a nice sleeping..!!!
3:04 PM

Bila Rindu (Ruffedge)

0 Comments »

Di keheningan malam
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg di sayang
Bagai kau di depan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata


Bila rindu
Terkenang mu sayang terasa sayu
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam
Jauh terbang diri ku melayang
Aku rindu
Sentuhan mu ku rasa sayu
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini
Bawa ku dalam pelangi
Melepasi batas diri ini

Jauh angan ku lena
Ku rasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisi ku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua.. ooooo..

Sesungguhnya kita mestilah.
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Seperti antara kita akan
Bertemu semula

Awan yang mencas semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi..


Banyak kenangan yang dapat kita ungkaikan semula melalui lagu ini,.,memang perasaan rindu ini kalau dah ada dalam hati, memang tidak dapat ditahan...rindu kepada ayah ibu, adik beradik, saudara mara, rakan taulan, sahabat sekekiling dan juga 'special one'....hampir setahun tak balik kampung..jadi rindu sangat2 dengan keluarga...hampir setiap hari membuat panggilan pun tidak dapat memecahkan kesunyian dalam hati...sudah lebih tiga minggu aku bekerja di sebuah restoran...untuk mengisi masa2 lapang yang ada kununnya, namun semuanya tak beerti kerana semakin aku bekerja, semakin aku kurang masa untuk melayan karenah kawan2..jadi mungkin dalam minggu2 akan datang, aku akan berhenti juga..bukan tidak tahan...tapi sudah berada di penghujung sem ni, aku nak jumpa balik kwn2 lama aku dan berbaik dengan semua orang.. tak salah kan...lagu ruffedge ini mengingatkan aku kembali bagaimana suatu ketika dahulu, aku memang sgt rapt dgn kwn2 aku..suka beramah mesra...tapi sekarang?? lalu depan mata aku pun aku tak dapat nak tegur balik sahabat2 aku tu...tapi hati kecil sentiasa memanggil nama mereka.. itulah rindu namanya..tak apa la sahabat, mungkin bukan ini masa yang sesuai...adala tu nanti..time will tell...

2:09 PM

aku hanya insan biasa..

0 Comments »
i'm really2 sorry bcoz always hurting ur hurt..n we can still befriend if u want..hari ini banyak benda yang saya fikirkan...sgt banyak..dan tak dapat fokus pada kerja...langsung,..semuanya jadi serba salah..esok..lusa..dan hari2 seterusnya, aku tak ada di khar..pergi jauh mengembara ke seluruh pelosok semenanjung malaysia..tak de duit pun skrg...gaji pun tak terima lagi..pinjam kat kawan dulu..nanti aku bayar la sepantas mungkin...itupun tunggu keluarga kirim dari kampung...janji aku pergi jauh dari memori semalam dan semalam..minta maaf kwn ku..andai ini yang terakhir bagi kita semua, terima la seadanya...'aku hanya insan biasa'...
2:01 PM

Morning...

0 Comments »
Sudah pagi?? Kwn aku baru je balik dari S.P, kedah...teman sebilik aku, si wan tu,...buka je pintu, terus nampak muka dia...gembira juga la sebab dia bawa ketupat raya, biskut2 yang dia buat sendiri, serunding ikan dan coklat almond london yang aku suka...dekat2 pkul 5 td dia sampai...tekejut aku,.,,dah la aku penat bekerja seharian semalam...bukan main penat..lepas habis kerja, bos terus ajak p makan malam kat pantai.. Tak tau ke kat tg. malim ada pantai??seberang jalan dusun bay tu je... bos belanja lg tu...ehe...minggu lepas, bos ajak p makan kat secret recipe..bukan main sedap lagi kat sana...tp harga 'sedap' juga nak bayar..bukan aku bayar la..ehe..ada restoran sendiri tapi tidak mau makan masakan sendiri, nak makan kat lain tempat pula..aku bingung juga masa tu..cam serba salah..dah la gaji part-time 'boleh tahan'...tp masa study kena atur baik2..yg penting, kita kena fokus..
2:38 PM

Thanks Kumang..

0 Comments »
Thanks for belanja i byk benda..uhu..nanti dpt gaji, i belanja u pula..
4:06 AM

BeSt La..

0 Comments »


Hye cyn...thanks a lot ya coz let me sleep in peacefulness last nite... sgt merdu suara kmu... ;)
Sepanjang cuti raya ni, aku tak pergi mana2 pun walau byk jemputan raya aku terima..uhu... i'm really2 sorry..bukan mau mengecewakan, tapi ada lagi tanggungjawab yang 'harus' dilaksanakan..bukan la pasal politik, tp mungkin pasal assignment yang berlambak.. nasib baik ada 'kwn' yg sngt2 memahami...sem ni, biarlah kita enjoy puas2..aku tak kisah org nak kata apa, janji aku dapat jadi diri sendiri...wah..kata2 kwn aku la ni...be yourself...dapat juga aku jumpa kwn2 lama aku....cynthia, ervie, sheldon. steph, peter, fazly, n shila chong..semuanya kwn2 dari bidang muzik dan tesl...memang diorang ni talented persons la kiranya..mcm2 lagu diorang boleh bawa.. sedap sungguh..aku dah anggap diorang mcm artis..terkejut juga bila dpt tau yg dad cyn seorang penyanyi dari sabah area penampang..Uncle J.S.. memang banyak pengalaman Buat masa skrg, banyak yang telah kita kongsi sama2..music, biznes, further study n mcm2 lagi..ehe..rahsia...dah besar kan.. bersahabat biarlah berjuta2..berkasih biarlah satu..(bukan satu demi satu ye.. :P)..inilah kehidupan sebenar...i like ' Can't Stop The Sumazau by Atama'..yepi...love sumandak..!!

Buat Andreas yang masih dalam rawatan rapi di Kuala Lumpur, mari kita sama-sama berdoa agar dia cepat sembuh dan Tuhan, lindungilah dia setiap saat setiap waktu. Berkatilah tangan yang menjaga dia dan memberi makan minum dia. Sucikan hatinya..hindarilah dia dari segala kejahatan dan pelbagai ujian kehidupan..Puji Tuhan..kami berdoa atas nama Allah Taala yang kudus, yang katolika, 'dalam Hossana ti Pemadu Tinggi' . .Amen..
12:00 AM

Stop Smoking..!! But i can't..!!

0 Comments »
This is the way how to kill myself in furtiveness..let it be..
7:28 PM

First Cigarette..??

0 Comments »

Boring dah duduk di rumah, jalan2 jumpa kwn..pastu kwn pula merokok.. apa lagi, saya pun mula merokok dan terus merokok...tp mungkin utk minggu ni saja..kalau x boleh berhenti, sya teruskan saja la..peace..!! tension juga dgn kehidupan ini...dan sy amat hargai kalau2 ada siapa2 mau bg kaunseling...tu yang sy tutup kotak rokok tu dgn mancis, takut bha tengok gambar org yg kena kanser kerongkong..memang boleh bw maut...iman sy masih kuat lg...jgn bimbang..

3:00 AM

Balik kampung..?? Jalan2 ? Mandi-manda???

0 Comments »
Hari ini aku rasa sikit kekosongan kerana sahabat2 satu rumah ramai yang sudah balik ke kampung halaman masing2....aku masih lagi stay di kolej kediaman..mungkin tidak pergi kemana - mana..langsung tak ada rancangan...tak ada kerja nak dibuat selaian assignment, aku mula la kemas rumah seorang diri....lantai dikosongkan dan kipas dihentikan..sapu, mop, lap, berus, semua aku buat..ehe..tak fikir apa2 pun..janji dpt exercise kan badan...macam mau sambut raya ja di kolej...sempat hias lg rumah ni...memang sayang sgt2 dgn rumah last aku di UPSI...2-4-8 itulah alamatnya..kwn2 aku yang balik kl tu sempat lg tinggalkan kuih-muih atas meja di ruang tamu sekali ngan notis 'stan, jgn tak makan kuih ni tau'..ehe..boleh saja...Member2 serumah sgt2 'sporting' dgn aku, sblum ni pagi2 lagi kalau diorang nmpak aku sudah bangun, terus diorang kata, 'stan, kalau lapar, jgn tk makan ya, jgn hiraukan kitaorang, ada lagi makanan lebih kat meja ni, habiskan ya stan..'...aku minta izin juga kalau mau masak maggie atau bw makanan ke rumah..yang penting, niat kita kena ikhlas...diorang syg sgt2 kat aku la tu..ehe..janji mereka duduk selesa dlm rumah ni, aku pun senang hati..ehe..padahal sya yg paling strict di rumah ni, ada yg pernah kena 'sound' secara halus lg tu oleh sy sbb ambil ringan hal2 kebersihan...memang kmu kena..ehe..skrang ok la..diorang boleh ikut.. sempat lg sya pesan, jgn x bw kuih raya balik sini oo...



Align Center


Wachhaaa!! ni la rumah aku yg ok2..

Ada sorang kwn aku dari sabah mau buat kejutan untuk semua ahli keluarganya..aku senyum saja sebab aku pun pernah buat.. :p .. maknya sedih anaknya tidak dpt balik beraya di sabah.. kwn aku tu kata pada maknya, balik hujung sem..2 bulan lagi.. dia balik ahad ni tanpa pengetahuan keluarga..alangkah bestnya situasi nanti kan..tak sangka anaknya balik pada hari raya pertama lagi..surprise..!!! ehe... ada juga kwn aku nk sgt2 aku ikut dia balik kampung...kwn2 di rumah lain ada juga ajak.. bukan malas, tp tak kan mau tinggalkan kwn aku si sumandak ni sorang diri.. :p .. .jgn tlampau kejam..nasib baik dia pinjam moto kwn dia dn hantar pd aku..cuti ni, kalau nda pg kl, kita jln2 sekitar tg.malim, mandi-manda pun ok la.. pastu belajar muzik dari dia..aha...life is wonderful my fren..enjoy it..jom p mandi kat kalumpang, kat 'pulau' lecturer aku..nikmati lah keindahan alam..ok la frens..nanti kita jumpa lg ya... word of the day...'senyum'...senyum la selalu ya..pengubat rindu kannnn...ehe.. ;)




Gangga Pura Eco Sanctuary, Kalumpang
5:45 PM

KELAB ERAT UPSI

0 Comments »



Lama sudah saya mencari gambar2 kenangan semasa pertama kali saya menjadi exco publisiti & dokumentasi dalam kelab erat upsi, rupa2nya presiden kedua erat, en.mohd khairil yang simpan..ehe..semester 1 lagi tu..thanks mr.khai...kelab ini masih lagi wujud di UPSI dan kepentingannya adalah menarik minat semua pelajar tak kira agama, kaum, dan semester untuk mengikuti program-program kemasyarakatan yang dianjurkan..penasihat kelab ini adalah en.syariefudin, pensyarah subjek TITAS saya semester satu lagi. Jadi, kepada adik2 junior yang ingin bergiat aktif dalam kegiatan kemasyarakatan, join la kelab ini. moga2 pengalaman yang didapati nanti dapat dijadikan panduan hidup untuk menjadi seorang 'pendidik' yang berjaya..

-st.12-puspa-
1:54 PM

I'm in pain last month....

0 Comments »

Dedicated to my fren that i've lost...

'The pain in us can be healed for the memories we share can never be sealed'

I always love you...

A face we love is missing,

A vision we love remains,

It's for us to treasure forever..

For someone very dear..

That we've lost...

- igat stanley-
5:15 PM

Kau Bukan Masalah Bagiku..

0 Comments »

Thanks my 'girl'....ehe.. Bukan semua wanita memberikan masalah kepada kita...cuma dahulu, memang ada yang keras kepala, suka merajuk tanpa suka dipujuk, tak tetap pendirian, buruk prasangka...mcm2 lagi..dan yang paling kita (lelaki) tak suka adalah wanita yang 'pemalas'..ehe.. bayangkan masa dah kahwin nanti, isteri korang malas buat tu, malas buat ni, apa akan jadi?? problem..problem... kat atas ni, sya dah jumpa rumus yang boleh menyimpulkan siapakah diri wanita sebenar kalau dia rasa2 dirinya memang sama dengan rumus ni..ehe...jgn marah ya...nanti kena jualll....

-dr.s-
5:04 PM

Thanks Kumang..

0 Comments »
Let it be..thanks kumang for give me freedom in my life...i knew u always read my new entries..there's some of my fren couldn't believe that we oledi cut off our relationship as a couple.. anyhow, u are still my best fren ya...wait n see who i will bring along to sri aman next year..it might be happen...our new fren that raise my spirit up...she loves music same with u...mentas amai... see u once again..!!

-pangako sayo-
3:04 AM

Hye...

0 Comments »

Nice picture..is it..? it remind me on my relatives at autralia...ehe..
tak sabar2 nk jumpa diorang..mcm ni la muka2 diorang..comelkan..?
i love autralia...ehe..melbourne....yeap3...!!
i will come one day..waitttt....but i'm still asian men..ehe..
11:16 PM

It's my life..

0 Comments »
Kwn2, hari ni macam hari cuti je kan?? Masih mengantuk juga awal pagi td walaupun cukup tidur.. tp hari ni la hari paling sibuk dalam hidup..ehe..hari buat assignment...bg kitaorang, buat kertas cadangan...utk tesis kan..kat lebry skrang..mungkin sampai mlm kot...ehe..nanti la kita celoteh2 lg ye..stan bz sgt seminggu dua ni..keluarga kat kpg pun hampir x ingat dihubungi...apa2 pun, kita kena ceria selalu, buang yang keruh, ambil yang jernih... yang berlalu tu biarkan berlalu..enggak usah dikenang ya...

ingat kwn2..jgn mudah berputus asa..sebab apa sahaja yang berlaku, itu adalah takdir dan kita kena terima kenyataan..jgn libatkan perasaan..ehe..sedih kan nak balik raye..semua yang berlaku pasti ada hikmahnya...

kalau ada yang nk bkongsi pengalaman tu, post saja kat email stan ye..

magicstan86@gmail.com atau magicstan86@yahoo.com ...

-i'll make magic to ur life..'..ehe..

10:59 PM

1st Day at New York...bukan la...

0 Comments »
First day....

11 Sept '09 (mcm hari peringatan serangan wtc, new york je kan..) - sy sahut cabaran seorang sahabat sy yg menginginkan sgt sy bekerja bersama dia di sebuah restoran...sy ok ja..bukan sekadar ingin mencari duit, tp mencari pengalaman, dan 'impian hidup' utk masa akan datang. Banyak yg mendorong sy untuk tidak berasa segan berada di sana..bekerja sambil belajar dan belajar sambil bekerja...yang lain 'rahsia' la..cinta dan cita2 pun kena kejar juga kan.ehe.. kita kena bersyukur dengan apa yg kita dah perolehi skrg.. hari pertama sy ok je..cuma bz skit time nak berbuka puasa tu..then kena layan perangai 'pelanggan yg kurang asam' skit..ehe..normal la kan...

sy mengaku yg sy nda pernah pun diberi kesempatan oleh ibu bapa sy merasai kepahitan hidup semenjak kecil lagi tp sya anak yg 'degil'.. masa kecil2, sy curi kesempatan utk bangun awal dan ikut pak cik menoreh getah (sebelum g sekolah lg tu..ehe..).. pastu ikut kawan memancing ikan kecil di sawah padi, mencari buah2an dalam hutan sampai lewat petang..kununnya utk survive..ehe..best juga la masa kecil2 sy dulu..dewasa skit, sy ikut cousin sy pusing satu negeri sarawak m'gunakan lori..yg ni minta izin org tua..lori telur la..ehe..penat memang penat bekerja memerah keringat sebegini.....lundu>bau>kuching>sri aman>sarikei>sibu>bintulu>miri dan patah balik.. pjlanan 2 hari...pastu sy pernah juga bekerja sbg buruh binaan sementara..tanpa pengetahuan siapa2..memang nakal....tp cukupla merasai nya dgn hujan panas selama seminggu..pastu kat hotel, restoran, kedai mekanik, supermarket, kebun lada, sawah padi dan pernah juga menjadi pemandu pelancong..ehe..org ukraine ni bila dh bbahasa inggeris memang payah difahami.. dulu masa di tingkatan 6, bapa suruh g sekolah baik2, tp sempat lagi angkut kwn pergi dan balik dr sekolah guna van (perodua rusa)..ehe..wang saku tambahan.. sy juga ikut pak cik2 pergi memburu binatang ke hutan2 tebal smpai 2 hari perjalanan..kalau salah kena tembak, abis la sy..seram juga dlm hutan tebal...tau2 la kt swk tu..byk binatang buas..pernah juga menyelam mencari ikan, udang, ketam dan siput di dasar sungai (lubuk) dn ternampak 'bujang senang' yg bsaiz sederhana besar...bukan nk buat 'dekk' je..nk lari pun mcm tak sempat..jd teruskan la menyelam bersebelahan dgn buaya itu. janji ikut pantang larang. (ngena simpai rangki ke diberi keling ngagai peturun aki ku suba kaban)...byk ikan..kalau kwn2 nk rasai pengalaman sebegini, jom ikut sya balik kampung....byk perkara sya rahsiakn drpd org tua sy sebab jiwa sy memberontak kalau asyik duduk di rumah..ehe..nak buat kerja jugakkkk... ;) skrg, sy lebih suka jln2 makan angin kat tpt tinggi..bukit fraser la..genting highland la, cameroon lg.. pulau pangkor bkali-kali dah..nasib baik semester last ni sy jumpa balik 'kwn lama' sya..dia setuju lg tu klau sy ajak dia jln2 jauh..next destination, melaka kot..tpt paling best dilawati...ehe.. kalau luar negara, tak cukup duit la..cukupla dua tiga kali 'buang' duit bapa..ehe..


Hope i can see u once again....S..

Skrg sy lama x rasai pengalaman sebegini semenjak masuk UPSI..mcm2 dh berubah..bukan la kejutan budaya...hidup di sini sama je dgn di swk..ehe...cuma dulu sya 'suka racing'..sini x ble la.. kununnya nk jd cikgu, byk yg kena ikut AuKu.. jadikanlah kehidupan kita ni seceria mungkin.. mana boleh muram2....p campak kat sungai bernam tu perasaan yg emosional..ek eleh..tk nak layan la..ehe...kena jadi profesional skitt la beb...campuraduk emosi ni tak leh la...

jd..bertindaklah sekarang sebelum semuanya terlambat...guna masa sebaik mungkin..sya dah bazir setahun masa sya demi 'sesuatu yg sememangnya sy takkan dapt namun dijadikan pengajaran bg sy..'..hanya orang tertentu yg tahu...ehe.. no.3 & 7 are the lucky no of mine..u know why??? next episode yea...byk lagi pengalaman yg sy mau kongsi dgn rakan2..

-kepada kwn2 yang nak balik ke kpg masing2, selamat sampai di destinasi yg ingin ditujui...- sy pun nk ajak 'kwn' sy tu jln2 makan angin je...bye..

from,
-life is beautiful...
11:55 AM

Istana Musim Panas..(Summer Palace), BEIJING

0 Comments »
Ini lah tempat yang dipanggil sebagai Istana Musim Panas ataulebih dikenali sebagai Yihe yuan iaitu "Garden of Nurtured Harmony"merupakan salah satu tempat yang saya paling suka di Beijing. Istana Musim Panas (belakang),seperti dikuasai oleh Longevity Hill ( ketinggiannya cuma 60 meter lebih dari aras air dari permukaan Tasik Kunming. Tasik ini seluas 2.9 kilometer persegi, di mana 3 suku dari keseluruhan bahagian adalah tasik. Sebenarnya, ia adalah satu tasik buatan yang dikorek oleh manusia sendiri semasa zaman pemerintahan Dinasti Jin (1115- 1234) untuk membina satu Longevity Hill tersebut. Tempat berdiri stan ni pula namanya Seventeen Arch Bridge. Panjangnya 150 meter je.. Ia dibina pada tahun 1750 dan terdapat 544 singa batu yang diukir dan setiap kepala tersebut memang tidak sama..memang comel, macam kucing..ehe.. kalau la dapat bela singa kan..ehe..itu saja untuk kali ini...esok kita g tempat lain pula..Forbidden City atau Kota Larangan..uhu...
3:49 PM
Powered By Blogger

Hornbill (Our Pride Bird)

Hornbill (Our Pride Bird)