Ini lah tempat yang dipanggil sebagai Istana Musim Panas ataulebih dikenali sebagai Yihe yuan iaitu "Garden of Nurtured Harmony"merupakan salah satu tempat yang saya paling suka di Beijing. Istana Musim Panas (belakang),seperti dikuasai oleh Longevity Hill ( ketinggiannya cuma 60 meter lebih dari aras air dari permukaan Tasik Kunming. Tasik ini seluas 2.9 kilometer persegi, di mana 3 suku dari keseluruhan bahagian adalah tasik. Sebenarnya, ia adalah satu tasik buatan yang dikorek oleh manusia sendiri semasa zaman pemerintahan Dinasti Jin (1115- 1234) untuk membina satu Longevity Hill tersebut. Tempat berdiri stan ni pula namanya Seventeen Arch Bridge. Panjangnya 150 meter je.. Ia dibina pada tahun 1750 dan terdapat 544 singa batu yang diukir dan setiap kepala tersebut memang tidak sama..memang comel, macam kucing..ehe.. kalau la dapat bela singa kan..ehe..itu saja untuk kali ini...esok kita g tempat lain pula..Forbidden City atau Kota Larangan..uhu...
3:49 PM
0 Responses to "Istana Musim Panas..(Summer Palace), BEIJING"
Post a Comment