Subscribe to our RSS Feeds
Hello, this is a sample text to show how you can display a short information about you and or your blog. You can use this space to display text or image introduction or to display 468 x 60 ads and to maximize your earnings.

Lagenda bertemu lagenda...

2 Comments »
Dah lebih seminggu dah aku berada di Sarawak..perjalanan hidup yang agak sukar..bukan apa, banyak juga barang yang dibawa balik lebih2 lagi pakaian, laptop, gitar, dan hadiah2 yang kwn bagi..sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Uncle Christopher terus menjemputku tapi abg ku sudah lewat tiba di lapangan terbang tersebut..ahahaha..nak lawan ngan Uncle Christ mana boleh..kereta dia lagi laju.. ingatkan aku dan abg aku terus balik ke Sri Aman, tapi aku faham kerjaya abg ku macam mana sibuknya..terpaksalah aku bermalam satu malam di Kuching..kena juga check-in kat Grand Continental Hotel..barulah selesa nak rehat2kan badan..dah la semalaman aku berjaga di LCCT, KL, tak juga sampai2 di rumah sendiri..2 hari perjalanan..terima kasih kpd akram dan wan cenna kerana ambil berat..juga kepada apai ( hafiz ydp) dan syahir (nydp khar) kerana membantuku mengangkat barang masuk ke dalm bas... uhu..takutke nak mengajar di Sarawak nanti??? wakakaka...tak la jauh sgt, cuma kdg2 tu, kita kena pandai cari pengangkutan awam yang sesuai..kalau nak mengajar di kawasan pedalaman, contohnya kawasan Kapit ke, Sebuyau ke, Lubok Antu ke..kena la pakai byk kenderaan transit..bot lagi tu..ataupun firefly pun boleh..hah..yang tu kalau di bhgn miri atau bintulu... Skrg. aku tingal di daerah Lubok Antu, dekat ngan Batang Ai..hampir 45 km dari Bandar Sri Aman.. cam biasa la.. rindu plak nak hantar entry..skrg aku lebih selesa pergi ke cc untuk layari internet..laju dan murah..uhu..



Masa cuti seminggu lepas, aku dan bapa pergi ke kebun buah di Semilang, Sri Aman..banyak juga buah2an yang dah boleh dipetik.. sempat lagi tengok kambing2 yang semakin membesar.. nanti aku uploadkan sekali gambar2 kambing2 yang comel tu..uhu..dan 'haiwan2' lain..ehe.. dah terubat rindu di hati ketika dapat bersua kembali dengan kaum kerabat keluarga dan juga bersemuka dgn 'kekasih hati'..tapi takkan sama dengan 'seseorang tu'..ehe..pastu sempat juga lihat lagenda merahku yang dah banyak dicalar dan dirosakkan oleh adik ku..tak pe..sabar itu penting..ada rezeki nanti, boleh la aku repair balik..lebih baik ianya dalam keadaan yang original kan..

Buat masa ni, aku nak usahakan tanah keliling rumah untuk pertanian..kecil2an je cukup la dulu..ni kat kawasan persimpangan jalan ke Lubok Antu..datang la nanti kalau nak tengok.. tanah masih boleh dirawat lagi walau rata2nya tanahnya berpasir..pekan L.A jauh la dari rumah..hampir 50 km lebih..baik aku tanam sendiri sayuran..rumah aku kecik je..ehe..

Perjalanan hidup kita masih jauh lagi..teruskanlah berusaha dan jgn pernah berputus asa..jangan ada perkataan 'malas' dalam kamus hidup..utk kwn2 semua, kalau ada umur yang panjang, kita akan bertemu lagi..sms je ye..(+6013-4646214)..call pun boleh..jangan sia2kan hidup..selagi ada peluang, selagi itu kita curi kesempatan untuk memperbaiki apa yang kurang dalam diri..bye..!!

-Great Efforts Make Great Life-

-Stanley@Sri Aman-
6:29 PM

Sunyi..

0 Comments »
Em..tak tau nak kata apa..kesunyian amat terasa pada saat2 sebegini...mungkin esok la hari terakhir aku berada di kolej yang amat berjasa pada aku untuk sekian lama aku menuntut ilmu di UPSI..Kolej Harun Aminurrashid..itulah namanya..kwn2 serumah dah balik dah..tinggal aku ngan Syahir lagi..tu pun dia tiap2 hari g kerja di pejabat kolej..aku pula di restoran depan kolej...dari restoran aku memandang gah terhadap kolej setinggi 9 tingkat dengan 3 buah blok gergasi.. terkenang kembali ke zaman aku mula mendaftar di sini dahulu....betapa jauhnya aku dari keluarga..aku cabar diri sendiri dengan azam yang kuat..aku mendaftar tanpa mengenali siapa2 yang satu sekolah dengan ku dulu..atau saudara mara jauh atau dekat..tak ada...keluarga ku setakat dapat menitiskan air mata di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ketika pertama kali aku pergi terbang jauh ke Semenanjung Malaysia..."yes dad, ok mum..aku anak lelaki yang berani, biarkanku pergi jauh" sms ku sebelum melangkah masuk ke pesawat AK5210..masih ku ingat lagi no. flight ku itu..

Tetiba di LCCT..pertama kali aku melangkah ke tanah besar, ramai sungguh anak2 muda ku lihat bersama-sama meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur...sgt2 excited masa tu sebab dapat lihat KLCC dan Menara KL..ahh..bukan tak pernah lihat pun benda tu dalam tv dan akhbar selama ni, cuma rasanya lain skit apabila pertama kali menjejakkan kaki ke kwsn bangunan itu.. seperti mana juga aku terpesona dengan pemandangan di Kota Larangan dan Tembok Besar China di China dan Candi Borobudur, Candi Prambanan di Indonesia..suasananya jauh berbeza..di mana sahaja pun kita berada, janji kita pandai macam mana untuk 'survive', tak jadi masalah besar..

Kini..aku dah nak habis dah 'mengaji' di UPSI..itu untuk ijazah sarjana muda pendidikan...tak tau lagi la kalau rezeki ada, ingat nak sambung pengajian untuk ijazah sarjana pula...banyak juga kenangan di sini..bermula dengan menjadi rakan exco latihan kerjaya dan keusahawanan, aku dilatih untuk 'berasa tidak malu' dan 'bijak mencari peluang'..dua tu je yang bos aku, Cikgu Dzulhelmi bgtau kat aku dulu..itulah macam mana nak berjaya dalam sesuatu bidang perniagaan suatu hari nanti..memang kepala bisnez la kita ni..tak jemu2 cari duit asalkan halal..pastu Cikgu Aiman..dia sekarang mengajar di SMK Menumbuk, Sabah...dia pemalu skit tp strategi perniagaan yang gila2 dari rexco dia lebih hebat daripada strategi dia..pastu aku pula cuba untuk jadi seorang Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK)..memang payah kerjanya tp aku tak suka mengeluh..semangat cintakan kolej tak pernah luntur..masa tu lah aku belajar cara untuk berkomunikasi dan membina hubungan dengan lebih bermakna..aku sgt menghargai barisan kepimpinan JMK KHAR 08/09 kerana suka dan duka kita rasai bersama..kita ikhlas bekerja, tanpa gaji dan banyak rintangan yang dihadapi, namun akhirnya kita berjaya juga melepasi rintangan tersebut..kolej kita kolej yang gah..dengan penghuninya melebihi 2700 orang mahasiswa/wi..

Semester depan?? aku semester 8..masa tu aku buat latihan mengajar (praktikum) di SMK Kubu Gajah (SEKUGA), Selama, Perak..tak sabar2 lagi nak jadi cikgu ni..ehe..harapan keluarga aku semakin aku penuhi..harap2 semuanya ok..ikut kepandaian diri sendiri kalau mengajar nanti..walaupun hanya sbg seorang guru pelatih..aku inginkan yang lebih 'hebat' dari guru yang betul2 guru..ehe..amacam?? boleh?.. wait n see..keluaran UPSI bukan main2 ooo...mcm2 kemahiran yang ada..

Keinginan mengajar di sekolah di kawasan luar bandar amat tinggi..bukan la tak nak mengajar di bandaraya2..tapi bak kata orang, di mana yang lebih memerlukan, di situah kita berada.. walaupun begitu, byk juga tempat2 menarik yang boleh dilawati di kawasan Kubu Gajah, Selama, Perak..antaranya; Telaga Gergasi, Taman Herba, Sungai Atas Sungai, Kota Raja Bersiung dan banyak lagi..Homestay pun ada..nanti boleh la kwn2 melawat kita di sana..tempat yang dirasakan agak sesuai untuk menenangkan fikiran..Bandar Taiping pun tak la jauh sangat dari kawasan Kubu Gajah..tu memang tempat favourite aku..ada Zoo Taiping, Bukit Larut, Bukit Merah Laketown Resort dan mcm2 lagi..pasar malam yg bez lagi tu... semua ini mungkin hanya untuk menyenangkan hati yang sedang kesedihan meninggalkan kwn2 di UPSI dan juga di KHAR... lama2 akan jd okay la perasaan ini..

Esok..(23.11.09) pkul 7.30 p.m, aku dah nak bertolak ke Kuala Lumpur dari Bahtera Arcade, bas SKSKL..harap kwn2 yg sudi bertemu (mungkin untuk yang terakhir kalinya..) denganku, sms la ya..atau call lagi bagus..biar kita lepaskan apa yang ada di dalam dada dan jgn dipendam dalam hati..kwn2 semua la lagenda hati.. 24.11.09, 3.15 p.m, LCCT, AK5210, aku akan berangkat pulang ke pangkuan keluarga setelah sekian lama merantau di negeri orang...ramai yang menunggu..

Sekelip mata sahaja semuanya berlalu pergi..kenangan biarlah tinggal kenangan..yang comel, teruskanlah menjadi orang yang comel..tetapi mesti berhati mulia..begitu juga untuk yang cantik2 dan hensem2..selamat tinggal semua..teruskan perjuangan..

-Stanley James Peter-



You Are The Legend..!

1:53 AM

Thanks AirAsia..!! Penaja rasmi aku yg baru...

1 Comments »


What??!! Itulah perasaan aku ketika 1st time terima email dari pihak pengurusan AirAsia ..diorang bagi e-gift voucher..tak la banyak sgt tp boleh la.. aku kan orang miskin..diorang cam tau je aku dalam kesusahan sekarang...uhu..Thanks God...Penerbangan free ++ rm200...ehe..suka hati bila nak guna sebelum Februari tahun depan...tp baik aku guna peluang ni utk penerbangan balik ke kpg je..tak terkata rindunya pada keluarga..hampir setahun tak balik ke kpg kan..latihan industri punya pasal la..dah la 6 minggu hidup tanpa elektrik..memang ni la antara ujian hidup paling hebat pernah aku rasai selain drpd hampir maut (20% je peluang utk hidup-menurut doktor keluarga) ketika kemalangan 7 tahun yang lepas..masih tingkatan 4 lagi masa tu....patah sana, patah sini, darah diheret atas jalan., pecah sana, pecah sini..aku pengsan sebab seram tengok darah diheret atas jalan raya..ramai org ingat aku dah mati dah masa tu...darah keluar juga dari helmet..uhu...moto remuk dari depan sampai tengah..hampir hancur lagi tu..lain kali aku tak nak lg merempit sorang2..;p AirAsia sentiasa prihatin terhadap penumpangnya walaupun kadang2 terpaksa menangguhkn jadual penerbangan..keselamatan lebih penting..keadaan cuaca yang tidak baik menyebabkan penumpang AirAsia terpaksa menunggu untuk seketika..walaupun aku pernah tungggu ketibaan adik kandung di LCCT selama lebih 11 jam lebih lewat dari jadual asal, apakan daya, sabar ja la..kejap je tu..sesungguhnya sabar itu adalah kunci kejayaan hidup kita...sebenarnya, kita kena gerak lebih pantas dalam kesabaran..baru dapat nikmat hidup.. maaf ya kwn2..tarikh aku smpai di swk masih lg menjadi rahsia..hidup kita ni kalau tak menyusahkan orang dah kira ok la tu..smpai bila aku nk menyusahkan ibu bapa..cukuplah dengan kepayahan melahirkan aku dan membesarkan aku...dah masanya untuk aku balas jasa baik orang tua..uhu..biarlah semuanya menjadi kenangan..tak ada dendam..tak ada benci..aku syg kamu semua... pilih la jalan hidup yang betul dan jangan lupa pada asal kita...pulanglah ke pangkuan keluarga selagi masih ada kesempatan..duit kat mana2 pun boleh cari, tapi kesetiaan org tua kita menunggu kita jauh lebih bernilai dari apa2 pun..setitik air mata mereka pun yang jatuh, jangan kita biar berpanjangan.. Kalau ada silap dan salah..jutaan keampunan diminta..semoga kwn2 semua bahagia bsama org yg disayang.. kalau anda sepasang kekasih, jadilah pasangan yang setia; kalau anda seorang suami/isteri, patuhlah pada peraturan2 kebahagiaan rumah tangga, kalau anda seorang ibu/bapa, jaga dan bentuklah anak anda sebaik mungkin, kalau anda seorang guru, peguam, doktor, kerani, menteri, bisnesman sekalipun, berbaktilah pada rakyat dan golongan yang memerlukan..kerana anda pun memerlukan orang lain untuk menjawat jawatan sebegitu..!!

p/s: jgn marah ya..nanti kena jualll...ehe...love you all...


-Stanley James-
12:21 PM

My lovely college..KHAR..bye..

0 Comments »


Selamat tinggal pada semua kenangan dan pengalaman pahit manis di kolej ini..

-Stanley James-
1:42 PM

Kenangan Terakhir..

0 Comments »

Mungkin inilah kenangan yang terakhir bersama rakan2 'sehidup semati'..Seronok juga dapat mandi-manda di sungai Kalumpang semalam bersama-sama dengan kawan baru; saiful, adit dan ekin yang sgt2 comel..nak tau ekin tu siapa?? ehe..rahsia la... dah lewat tengah hari dah..tapi kita teruskan juga..memang sejuk..semua duka dapat dilupakan...'setiausaha politik' aku pun ikut sekali..byk benda nak dibincangkan..kununnya..ahaha..kita nk buat persiapan rapi..ada beberapa 'projek mega' dah dirancang dan akan dilaksanakan sebaik mungkin...shhh..apa2 pun..terima kasih kepada kwn baik stan, pius n stephenie kerana sudi mengajak aku ke tempat yg lebih dekat dengan alam..diorang dah mcm adik beradik aku..i'm yours..wakakaka...thanks to my great photographer...alban..

-Stanley James-

11:44 AM

Sejuta Keampunan Yang Ditolak..

0 Comments »

Shallom...

Firstly, sejuta keampunan diminta daripada sesiapa yang ‘terasa’ dengan entry yang baru aku post kan awal2 pagi ni..sejuk sangat pagi ni..tapi dalam hati masih lagi ‘panas skit’ dengan mesej yang dibalas melalui sms petang semalam...

Bukan apa..hujung2 pengajian di universiti ni aku ingat nak baik2 dengan semua orang..tiap kali jumpa kawan2 lama, kita saling maaf-bermaafan.. Teringat pula dengan seseorang yang sehingga hari ini pun dia tak maafkan aku malah bertambah benci dia pada aku..entah la..orang lain mungkin tidak..tapi dia semakin hari seperti semakin memusuhi aku..

Bukan nak hipokrit (katanya padaku), tapi ini la niat kita nak berbaik-baik..hantar je sms..pastu harap2 dapat mesej yang menggembirakan dari dia..tapi lain pula jadinya..tak apa la kawan ku, selagi kita masih bernyawa, selagi itulah kita dapat berjumpa.. Kamu tak pernah pun lebih dari seorang kawan..kan..kan..

Sudah la tu..cuma aku silap menghantar mesej..diberi warning lagi tu supaya aku jangan sms atau call lagi pada kwn ku itu..jd, bgmana nk tau khabar tentang kamu, hari ini, esok dan hari2 akan datang?? Kenapa ego sangat??? Aku tau la memang ini sikap aku, suka berkawan dengan orang yang masih bencikan aku..tapi kenapa nak teruskan juga dengan kerasnya kepala mu itu???!!! Semakin suka kamu memarahi saya, semakin suka saya berkawan dengan kamu.. dari kecil lagi, walau dipukul kawan supaya menjauhi diorang, aku masih lagi mau berjabat tangan dan berkawan semula walaupun selalu dimarahi..pukul la aku sekuat manapun kamu mau, aku tetap mau berkawan dengan kamu..itu kisah dari kecil lagi...bapa ku memang garang kalau aku buat sikit pun silap..tapi sangat penyayang kalau kita orang adik-beradik ikut disiplin yang dia nak..biasala kan.. seorang cikgu dan seorang bapa yang baik..

Emm..baiklah..bukan semua apa yang kita inginkan kita akan dapat walau kita dah cuba sedaya upaya kita..dan tak semua manusia sempurna..kalau kamu nk sgt2 berkawan dengan org yg sempurna, carilah dan kejar lah ia..i’m not anybody..jgn ubah perangai kepala kerasmu itu..untuk kwn2 yang lain, teruskan perjuangan kita..!

-Stanley James-
11:40 AM

Sedia kah aku..??

0 Comments »


Aku ingat masih lagi blurr ketika nak g exam penyelidikan ilmiah..terlewat juga masuk tempat exam walaupun masa baru bermula..dalam tak sedar, rupanya kertas soalan hampir dibuka tapi nota2 exam masih ada kat meja..ada beg lagi tu..tak sempat simpan..wakakaka..nasib baik tak kena 'cekup' lagi..mcm buat jenayah je bunyi nya kan..ehe...inilah kali pertama dalam byk2 exam aku, aku terbawa nota semasa nak jawab soalan, pengawas lanjutkan masa kerana tak siap2 lagi (15 minit atas budi bicara dan persetujuan semua pengawas serta pelajar lain) dan pertama kali tangan aku berasa kebas dan 'beku'...aha..sikit lg nak siap..sgt2 sikit..tp tak apa la..bukan menyerah kalah..tapi dah takdir tangan tak boleh menulis lagi..balik dari exam, terus urut2 skit tgn..ehe.. so, moral of the story..kpd kawan2 semua, jgn la buat benda2 sebegini..rehat kena cukup sebelum exam..tu je kott...aku memang dah bsedia..!!
2:06 PM

Kenapa???

0 Comments »
-Kenapa ada kamu ketika dia ada aku??-
3:48 PM

Nakal nye anak ku...

4 Comments »


Bukan papa nya tidak cukup duit untuk beli pakaian, tetapi memang anak kecil ini suka duduk dalam buah...sejuk..tak perlu aircond...mamanya dulu mengidam buah tembikai masa mengandungkannya..minum tembikai tiap2 hari,..ni lah hasilnya, baby tembikai pertama di dunia telah lahir...ahahahahaha...
4:31 PM

Tidur Waktu Kuliah...Exam Jangan.>!!

3 Comments »


Inilah cara bagaimana nak tidur ketika kuliah sedang berlangsung..dah jumpa dah caranya yang paling sesuai untuk dua orang kawan saya, azwan dan syahir yang suka sgt tidur..tak kira di mana-mana...dalam bas, bilik air, pejabat bitarasiswa, rumah, taman bunga dan juga bilik kuliah...wakakakaka...Selamat Menghabiskan Final Exam yang betul2 final..juga untuk kawan2 semua yang dah berada di semester 7...uhu...

-Stanley James-
1:44 PM

Good Luck..!!

0 Comments »
GooD LucK semua..!!!

Dalam Exam,

Kuatkan Semangat, Tabahkan Hati...

Lupakan Segala Apa Yang Membuatkan Kita Susah Hati...

Jangan Kata..."Susah la.."

Jangan Cuba Meniru Kiri Kanan Depan Belakang Atas Bawah Luar Dalam...

Fokus & Ingat Pada Apa Yang Telah Dibaca..

Akhir Sekali...

Sama-samalah Kita Berjuang..

Ingatlah Bahawa Setiap Orang Berhak Menjadi Juara...

12:38 PM

bermain mata???

0 Comments »


Kini aku cuba untuk menenangkan fikiran..dah rungsing dah nak fikirkan benda lain...nak fokus pada yang utama dahulu...dan yang setia menanti...agama, keluarga, pendidikan, kekasih hati, dan kawan2 tidak diabaikan...tp sekarang aku lebih suka bermain 'magic eye'...bukan bermain mata ye...ehe..kata Bob.."jangan over sangat..nanti tunang marah.."..aha... Magic eye ni bagus untuk merehatkan minda yang telah penat..seronok bermain nya...byk koleksi dalam internet...kalau kwn2 dah expert, bgtau aku ya...ehe...kat atas tu dah ada contoh dah..teka la apa ada dlm gambar tu..3D image ya...pandai2 la tengok..mesti ada sesuatu...thanksssss.!!!!
2:48 AM

Senyum2 Pantai.....

0 Comments »


Beginilah gelagat kawan2 ketika berada di tepi pantai...
aku takut juga dengan 'big monster' paling depan tu..ahahahahaha..
hidup lah dengan aman dan tenteram...memang pada masa ni..
aku lupakan segala masalah yang ada..memang relax..

Hargailah sesuatu itu sebelum kita kehilangannya..walaupun ianya hanyalah sebutir pasir...
11:54 PM

Don't Cry Anymore..I'm Serious....

0 Comments »


Maybe this is my true heart feeling recently...i'm really serious n don't want to take risk in my life anymore....last nite i was sent one message to somebody else that always broke my hopes...my message via sms, ym n iMesh...

"mupuk aku..enda aku ngacau pengidup nuan agi..tp siti pkara agi..nuan meh indu ti paling aku sayau di dunya tu..selamat tinggal S...."


11:14 PM

Cara membuat STORAGE dalam aplikasi maya.

0 Comments »
Hai kawan2...terlupa pula nak bgtau cara untuk membuat satu pusat penyimpanan atau storage dalam aplikasi maya..maksudnya hanya dengan menggunakan internet. Cara ini lebih mudah dan selamat digunakan..'play safe' la..ehe.. tidak ada virus yang boleh 'menelan' fail2 dan dokumen-dokumen kawan2...layari laman web: www.divshare.com dahulu.. lepas tu register je la... kalau kwn2 nak tau, storage ni free je..saiznya 5G untuk penggunaan yang free.. hanya guna satu email untuk satu divshare .. ada password..dijamin selamat...kalau nak saiz yang lebih besar, kena bayar dan register atas nama divshare..saiznya sampai 2000GB lagi tu..memang besar..tp aku guna 1 divshare dulu.,.tu pun tak penuh lagi..

Selain daripada dokumen, kwn2 boleh juga simpan lagu, gambar, video dan pelbagai lagi.. mungkin cara ini dapat melindungi segala fail kwn2...aku dahulu pun selalu dengan masalah tinggal thumbdrive la, kehilangan fail sebab virus lagi, guna cd pun cd boleh calar..tapi sekarang..senang je..asal dapat internet, terus simpan dalam divshare..pergi je mana2 kedai komputer, terus buka dan print je..senang kan...kalau nak download pun boleh juga..10 kali lebih laju dari laman web yang lain..

jadi, apa tunggu lagi?? gunalah divshare..!! uhu...bukan promosi ye..aku tak dibayar gaji pon..ehe..

www.divshare.com selamat mencuba..!!!

-great technology make great work-
9:36 PM

Teman..

0 Comments »
Teman ku temui dirimu,
Di suatu persimpangan,
Dalam menempuh liku-liku kehidupan,
Bersama ukiran sebuah senyuman yang menguntum,
Sambil menyambut salam mesra penuh ramah,
Lalu..ku catitkan di dalam diari kehidupan,
Pertemuan, perkenalan, kemesraan...

Teman..telah ku bisikkan pada suara alam,
Betapa terharunya hati,
Betapa terhiburnya hati dengan usikan dan gurauanmu,
Namun..kemesraan itu,
Terpaksa diakhiri dengan fenomena pilu,
Diiringi titisan jernih yang mengalir lesu..

Di tanah gersang,
Teman akan ku kumpul kenangan demi kenangan,
Akanku hayati ia di kala aku kesepian,
Kerana aku tak akan sekali-kali melupakan,
Akan ku kenang selama-lamanya,
Temanku...


Winonsoi mantad,

Susheila Kamilus,
3 Amanah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Nambayan
Tambunan, Sabah

-great poem make great person-
7:05 PM

my dream place...!!!

0 Comments »


Jom...kita g sana ramai2..Bukit Fraser la..my dream place...
6:22 PM

Entah...Kapan Lagi Ya..??

0 Comments »


Entah la nak buat apa skrg...duduk je kat library...nak siapkan tugasan untuk kali yang terakhir..
Tapi perjuangan tak akan selesai lagi...petang ni pula nak submit tugasan..then..nak attend taklimat praktikum kat taman bernam,..malam pula ada jamuan makan malam kat KUO...em..
entah la...hidup ini tidak la kosong tapi....semakin hari demi hari..aku semakin rasa kesunyian...
aku kerja pun tak la best sgt skrg...cuma nak tolong2 je..amik skit lg pengalaman..esok kuliah terakhir di UPSI..!!!!
6:13 PM

Milik Siapakah Dia Ini???

5 Comments »


Milik siapakah dia ini??? Inilah kawan ku yang sedang tenat membuat segala assignment mungkin untuk kali yang terakhir..beliau seperti terlantar di hospital...menurut sumber2 yang boleh dipercayai, Wan (2009) menyatakan bahawa beliau mampu untuk tidak tidur selama lebih 39 jam semata-mata berkorban untuk membuat assignment..dalam gambar di atas, beliau masih tercari-cari lagi sinar bahagia...ada suka ada duka..orangnya ceria..kalau nak gembira, bergurau lah dengan orang dalam gambar ni..tapi jangan la over...ehe..mengikut pengalaman yang dialami, beliau berbahaya juga kerana menurut beliau, beliau mampu 'tertumbuk lengan' orang lain tak kira siapa orang lain tu...wakakakaka..lecturer saya pun pernah kenaa..ehe.. itulah namanya asam garam kehidupan dan janganlah takut untuk menghampiri beliau... nak no phone??...beliau tak la single but still available..ye kott..ehe..beruntung juga siapa yang dapat memiliki hati beliau...ehe... (mat salleh berketurunan arab campur melayu campur cina campur banyak lagi..)... minta maaf Wan.!!!!!

- Stanley yang naughty-
10:17 PM

Perjalanan Hidup yang Tak Pernah Henti2..

0 Comments »
Ada yang best...ada juga yang tak best...inilah perjalanan hidup yang tak pernah henti2 berjalan... Ke selatan, utara, barat dan timur..hampir habis dijejaki di Semenanjung Malaysia.. Semester depan nak g buat praktikum...kat SMK Kubu Gajah, di Selama, Perak... pernah sekali g sana semasa sem 1 dulu...ada banyak kampung2 di sana...tidak juga jauh dari Bandar Taiping...kawan2 dah ada cadangan nak menjelajah ke negeri Kelantan dan Terengganu pula lepas ni..ehe..harap2 seronok la.. Minggu lepas, stan dan rakan sekelas g buat research mengenai kajian atmosfera di Cameron Highlands..3 hari 2 malam..macam senior2 diorang yang lepas la kan..kita buat cerapan sambil mempraktikan cara untuk menggunakan pelbagai aplikasi peralatan untuk mencerap data-data. Yang bestnya, stan dapat 'makan angin'..memang tempat yang tinggi2 ni jadi kegemaran stan..cam dulu2, stan selalu g Genting Highlands (4 kali) dan Fraser Hill (1 kali je..). CH ni pula yang kelima..ehe...dan mungkin inilah yang terakhir bagi stan g sana masa training kat UPSI..takpe2..dah kerja nanti stan ajak family stan pula..makanan kegemaran stan pun byk kat sana..pilih saja.. Yang TAK best nya pula...stan banyak bagi orang sana duit...ehe..stan banyak berbelanja la..kwn2 stan tak caya yang stan bawa rm5 je pergi sana..ehe..pandai2 la survive..hari sabtu baru la hati senang skit dapat amik duit kat mesin atm.. petang sabtu menjelma..aiyo..stan g Kea Farm..dekat ngan Equatorial Hotel..beratus juga la habis...fuhh..nasib baik tak pakai lg kad2 yg ada dlm dompet..'mati' stan mau bayar nanti..aha.. stan sempat beli beberapa pasang pakaian untuk dua orang 'anak' stan...baby lagi kan..Brandon Paul n sister Hazel Allysha, penyambung warisan kerabat keluarga stan..kasih sayang adalah asas kebahagiaan..stan cuma berharap dapat jadi bapa yang baik suatu hari nanti.. Apa2 pun.. perjalanan hidup kita memang tidak pernah berhenti..walaupun anda seorang pemimpin, seorang guru, seorang petani, seorang nelayan, seorang doktor, seorang kawan, seorang adik, seorang abang, seorang bapa atau emak dan sebagainya, semaikan lah kasih sayang dan bantulah sehabis daya upaya golongan yang memerlukannya..bagaimana kita nak orang layan kita, begitulah cara kita melayan orang lain..ingat2 la selalu.. sayonara...


Bersama junior yang cute2, Agnes dan Melynie

-great traveller make great life-
5:06 PM

Tiada Lagi Tangisan, Tiada Lagi Keperitan..

0 Comments »


Bebaskan dirimu daripada keperitan hidup....jadikan setiap pengalaman kita sebagai pengajaran untuk menjadi lebih dewasa pada masa akan datang..setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya...ketahuilah bahawa sinar bahagia itu lama sudah menjelma di depan mata..jangan siakannya...

John 3:36 "He who believes in the Son has everlasting life; and he want who does not believe the Son shall not see life, but the wrath of God abides on him."

-Stanley was in Suffering-

(Gambar ini diambil ketika aku ditahan di Sick Bay, KHAR, UPSI dua tahun yang lalu atas ujian yang diberikan oleh Tuhan yang hampir meragut nyawa kali ke dua jika terlambat sedikitpun...10 hari berada didalam rumah itu tak boleh keluar memang memeritkan bagi sesetengah orang..Jutaan terima kasih kepada sahabat2 yang sudi menjenguk dan bertanya khabar. Tidak dilupakan juga jasa baik En.Ghazali Din sekeluarga atas kesudian menjaga makan dan minum sepanjang tempoh 'tahanan' Keprihatinan semua pihak termasuk JMK KHAR akan dikenang buat selama-lamanya..)

Kepada sahabat-sahabat, teruskanlah perjuangan kita yang semakin mencabar..memang tak akan pernah selesai sehingga tibanya hari kiamat kita..tiada lagi tangisan, tiada lagi keperitan...


-Stanley dah ok dah-
4:46 PM

Pertama kali melihat 'spesis kenyalang' di Pulau Pangkor.

2 Comments »


Inilah pertama kali aku melihat begitu banyak spesis burung kenyalang di Pulau Pangkor.. Tetapi di Sarawak, memang masih banyak lagi spesis seperti ini dan lebih besar lagi saiznya..
Resolusi gambar ini mungkin kurang jelas kerana gambar ini dirakam menggunakan handphone (nokia)..memang seronok bagi burung2 ini makan biji buah yang kecil...jadi, kepada sesiapa yang ingin merasa bagaimana keindahan negeri Sarawak, berkunjunglah ke Pulau Pangkor kerana burungnya...!! I LOVE SARAWAK..a place like no other..!!!!
3:15 PM

Jangan Kamu Cari Aku Lagi..

1 Comments »



Hari ini aku ada lagi di kolej...esok aku tiada lagi...tak usah kamu cari aku lagi... aku nak lupakan kehampaan 'kamu dan aku'..ahahahaha..jiwang...esok aku nak ke tempat yang agak cantik...ada bunga2 ros, buah strawberry & apple, rama-rama, dan macam2 lagi....kali ke-5 aku g sana...memang tak jemu..teringat aku suatu masa dulu aku pergi ke sana dan 'terbeli' sekuntum bunga ros putih yang cantik..sangat harum dan segar..ketika tu aku ikut rombongan dari Biro Keusahawanan, KHAR..saja2 makan angin..masih ada girlfriend lagi masa tu..Florence..aha..terus-terang je la.. kerana terlalu rindukan si dia tu, jadi aku pun belilah bunga yang paling cantik..sesampai di kolej..ehe..aku terlupa sesuatu..gf aku di Sarawak la rupa2nya..aduihhh...pening kepala..tapi tak pe...aku hadiahkan bunga ros yang cantik tu kepada seorang 'kawan'...yang dah lama aku minat..sejak dia dari semester 1 lagi rasanya..ehe..tapi kesetiaan kpd gf tetap ada.. :P itulah pertama kali aku hadiahkan bunga kepada seseorang dan dia pertama kali terima bunga dari seseorang lelaki...thanks J..nak anggap mcm gf tak boleh..sebab tak de apa2 lagi ni..ehe..nak pakai ayat Nabil segan pula..."bila kita boleh jadi couple?" wakakakkaka..aku lagi nakal dari Nabil...kalah juga si Azwa ngan Apai tu..aha.. ehh..panjang pula coretan ini..aku nak g Cameroon Highland la..buat kajian mengenai atmosfera..nak cari benih2 bunga...cuba tanam kat kawasan sekeliling rumah di sri aman..aha..kalau tak jadi, bukan salah aku..tp kat sana, dah ada dah orang lain tanam apple dan bunga kobis..iklim ok skit la..tak panas, tak juga sejuk..ok la frens...sampai berjumpa lagi...
9:56 PM

Hornbill (Our Pride Bird)

Hornbill (Our Pride Bird)