Subscribe to our RSS Feeds
Hello, this is a sample text to show how you can display a short information about you and or your blog. You can use this space to display text or image introduction or to display 468 x 60 ads and to maximize your earnings.

Baru boleh buka...

1 Comments »
sekian lama aku tidak dapat buka blog, akhirnya aku berjaya juga buka....

minta maaf la sahabat2 ku sebab blog ini telah mengalami banyak kecacatan, nantikan kemunculan semula entry2 yang menarik untuk dikongsi bersama.

salam 1Malaysia....

-stanley-
4:42 PM

BAHAYA BERMAIN KOMPUTER !!

2 Comments »
Hati-hati jika anda seorang yang gemar menggunakan komputer sepanjang hari! Anda boleh terdedah kepada bahaya Carpal Tunnel Syndrome.

Carpal Tunnel Syndrome ialah penyakit yang menyerang bahagian pergelangan tangan. Penyakit ini mampu menyebabkan tangan menjadi lumpuh. Risiko penyakit ini ialah sebanyak 10% untuk orang dewasa.




Gejala :

  • Rasa kebas, dan parasthesia (seakan-akan terbakar dan bergetar) di ibu jari, telunjuk, dan jari tengah, atau pada beberapa pasien terjadi di telapak tangan.
  • Susah menggenggam dan mengepalkan tangan.
  • Sering menjatuhkan barang
Anda perlulah mula mengambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang. Dibawah telah dipaparkan teknik-tekniknya.
  • Berehat secara teratur setiap 15-20 minit dengan menggerakkan pergelangan tangan.
  • Jangan menempatkan keyboard pada posisi lebih tinggi atau lebih rendah daripada siku tangan.
  • Duduklah dengan tegak.



Sumber :

http://www.fcucommunity.net/2010/02/bahaya-bermain-komputer.html


9:04 PM

Guru baru wajib mengajar di pedalaman..???

0 Comments »

BALIK PULAU – Tiga tahun mengajar di sekolah pedalaman adalah antara syarat baru yang akan diwajibkan kepada bakal- bakal guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Bagaimanapun jelasnya, perkara itu masih pada peringkat cadangan tetapi menjadi salah satu strategi kementerian dalam usaha melahirkan barisan guru yang terlatih termasuk dari segi pengajaran dan psikologi.

“Pendedahan ini amat baik dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Cara ini juga dapat memastikan hanya calon yang benar-benar bersedia menyandang jawatan ini.

“Walaupun syarat ini telah diguna pakai tetapi objektifnya seperti yang dihasratkan kementerian kurang berjaya kerana kerap kali ada campur tangan pihak luar untuk guru baru ini bertukar,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini semalam.

Ulasan:

Adakah strategi kementerian ini merupakan satu langkah yang bijak?? Mungkin ya..dan mungkin tidak..saya salah seorang bakal guru dan sekarang sedang menjalani latihan mengajar di salah sebuah sekolah gred B, iaitu luar bandar tetapi bukan kawasan pedalaman.

Sekiranya langkah ini nampak bijak, graduan dari IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam seharusnya dihantar untuk bekerja di kawasan pedalaman. Tak ada seorang pun yang 'miss'. Tapi hakikatnya Datuk, tak semua yang akan ditempatkan di kawasan pedalaman. Cadangan ini mungkin omong2 kosong.. ya..omong2 kosong.. Siapa pula yang akan ditempatkan ke sekolah-sekolah di bandar-bandar besar?? Cikgu yang veteren2??
Fikir-fikirkanlah...

Kabel: Bukan pernah tetapi selalu...kabel ini bermaksud jalan mudah bagi seseorang untuk mendapatkan sesuatu. Kabel ini adalah sesuatu yang tidak sihat. Saya menyebut mengenai kabel di sini kerana wujud guru baru atau bakal guru menggunakan kabel supaya tidak ditempatkan di kawasan pedalaman. Saya berani menyahut cabaran Datuk, tetapi adakah kawan2 saya berani untuk ditempatkan di kawasan pedalaman?? Ramai yang tidak. Saya pelajar UPSI berani mengatakan bahawa cadangan Datuk akan gagal.

Kenapa baru cadangan, hendak diheboh-hebohkan??

Kenapa tidak laksanakan cadangan yang bagus ini, baru diwar2kan?

Datuk kena faham konsep penempatan guru di sesuatu kawasan. Sekiranya sesuatu kawasan itu amat memerlukan guru, bagi sajalah. Di bandar pun boleh, di luar bandar pun boleh, di kawasan pedalaman nun jauh di sebalik gunung-ganang pun boleh. Tak menjadi masalah.

Di bandar lagi mencabar...

Penempatan guru di kawasan bandar sememangnya lagi mencabar. Memang banyak kemudahan yang disediakan dan kos hidup yang agak tinggi dengan kes-kes yang melibatkan bidang perguruan. Elaun-elaun yang diberikan haruslah dipertimbangkan termasuklah 'elaun susah hati.' Saya setuju dengan cadangan Datuk tetapi bukanlah semua guru baru wajib mengajar di kawasan pedalaman..cuba gunakan ayat, ' Sebahagian Besar Guru Baru Wajib Mengajar Di Pedalaman.' ok sikit bunyinya kan..

Inilah sebenarnya yang ingin saya luahkan;

Bagaimana pula dengan guru yang berasal dari kawasan pedalaman? Adakah mereka akan mengajar di kawasan pedalaman juga untuk 3 tahun pertama?? Sepatutnya Datuk, guru yang berasal dari kawasan pedalaman patut diberi peluang untuk menimba pengalaman mengajar di kawasan yang lebih maju supaya apabila suatu hari nanti, guru yang mempunyai lebih 3 tahun pengalaman mengajar di kawasan bandar-bandar akan berpindah ke kawasan asal, iaitu kawasan pedalaman, mereka berupaya menggunakan kemahiran teknologi dan ilmu pengetahuan untuk disalurkan kepada anak-anak didik dan masyarakat setempat, iaitu masyarakat di kawasan pedalaman, baru lah pembangunan akan menjadi seimbang. Pembangunan pendidikan adalah yang terulung kerana ianya mempengaruhi pembangunan-pembangunan lain. percayalah Datuk.

Kesimpulannya, Datuk kena adakan perbincangan dengan kesatuan guru dan selami lah jiwa sebagai seorang guru yang akan mendidik anak bangsa. Guru baru yang berasal dari kawasan bandar seharusnya ditempatkan di kawasan pedalaman dan bagilah peluang kepada guru baru yang berasal dari kawasan pedalaman untuk mengajar di kawasan bandar. Bincang balik ya Datuk, jangan war-warkan dalam akhbar sebelum cadangan itu diteliti dengan bagus sekali..


-Celik Insan Kerana Guru Unggul-

C.I.K.G.U

12:56 AM

Xian Nian Kualie..!!!

0 Comments »

Kepada rakan taulan, sanak saudara, sahabat-handai, Selamat Menyambut Tahun Baru Cina...Xian Nian Kualie..!! Sama-sama lah kita berkunjung ke rumah terbuka Tahun Baru Cina 2010 yang diadakan berdekatan dengan kawasan perumahan kita...eratkan perhubungan dan keakrabkan tali silaturahim.. Keunikan Malaysia adalah rakyatnya yang bersatu padu berasaskan perpaduan..tanpa perpaduan, negara kita akan mundur..semakin mundur..dan semakin mundur...semua agama menuntut kesejahteraan dalam hidup..kesihatan berpanjangan.. kerjasama penting dalam memperkasakan ekonomi negara..tidak ada yang diabaikan..kekayaan di dunia tidak sama dengan kekayaan di akhirat..jadi untuk rakan2 yang ada rezeki tu, bersedekahlah...kerana tangan yang memberi lebih senang hati daripada yang menerima.. yang menerima pula haruslah bersyukur.. berusahalah untuk mencapai kehidupan yang diidam-idamkan..Xie xie..!!

-Xian Nian Kualie..!!!-

aku nak tengok bunga api dari luar rumah...!!! cantiknya..

6:58 AM

Akhirnya...aku berani bedah puyuh...

0 Comments »
Seperti yang dirancang dari awal lagi, aku akhirnya berjaya membedah burung puyuh dengan bantuan guru pembimbing aku, Cikgu Zahuri, cikgu Sains Pertanian, juga cikgu Sains Biologi.. Sebagai seorang guru pelatih, aku kena banyak dapatkan nasihat dan segala tunjuk ajar dari guru pembimbing dan juga cikgu-cikgu yang lain. Mana tau nanti kena ajar subjek lain masa posting.. Selain beliau, guru pembimbing aku juga Cikgu Jamaludin. Banyak sangat yang aku belum ketahui. Mungkin di universiti, aku lebih banyak belajar secara teori daripada amali..duduk dlm dewan kuliah, dengar lecturer berucap, kalau tengok puyuh pun, tengok kat gambar je...ada juga minat nak buat ladang puyuh suatu hari nanti di Sarawak..agrobisnes kan..tak baik membazir, dunia kita semakin menghampiri zaman kemelesetan ..mungkin beberapa belas tahun dari skrg..Boleh kita lihat kepada Dubai World, syarikat gergasi milik negara Dubai telah berhutang sebanyak A$ 34 billion kepada negara luar..janji 6 bulan untuk bayar semuanya..ehe..sama2 kita saksikan.

-thanks Cikgu Zahuri-
10:37 PM

Rph..oh Rph...

0 Comments »


Kini aku tiap2 hari buat RPH untuk kelas aku..kelas sains pertanian yang paling mencabar..esok nak bedah burung puyuh dan ajar setiap fungsi organ2nya..best juga ajar sains2 ni..pelajar2 best juga..sebenarnya ni kerja amali untuk tingkatan 5..tapi burung puyuh dah besar, tunggu apa lagi..barang baik punyaa... ;) untuk kwn2 yang masih menuntut di UPSI tak kira apa pangkat, darjat pun, belajar sungguh2..kat sekolah betul2 nanti, banyak ilmu kena pakai.. skrg tengah wat lesson plan untuk satu minggu ni...pening kawe boh...
5:34 PM

Weekly Prayer Focus : Sex

0 Comments »
Scripture:

"You are to be My holy people." Exodus 22:31

The People:

Again this week, let us pray for the people of Haiti. While there are many needs in the world, the people of Haiti have lost over 100,000 people in the last few weeks to a tragic earthquake. Please pray that the love of God would be poured out on Haiti and that the survivors would be fed and cared for and that they would all come to know the love of God in Jesus Christ.

Prayer Focus:

We are to be holy to the Lord. One key way for this to happen in our lives is for us to ask God to keep us pure sexually.

Sex is a powerful attraction. In marriage blessed by God, it can be a great blessing. But outside of marriage we must be very careful. The Bible teaches that sex is only for marriage. That means if you are not married you must not have sexual relations with one another. If you are married, you may only have relations with your wife or husband. The Bible is very clear on this. When Jesus came to earth, He gave an even stronger teaching. Jesus said that if you even looked at a woman with the intent of lusting after her, it was as if you had committed adultery with her.

Then who can be pure? We must be honest and say all of us have sinned in some way in thought, word, or deed before the Lord. But there are two pieces of great news! First, the wonderful news is that Jesus Christ died for our sins. When we accept Jesus Christ as our Lord and Savior and sincerely ask forgiveness of our sins, God cleanses us from all unrighteousness. We are clean before God. Second, God has sent His Holy Spirit who will live in our lives and give us the power to stand against sin in our lives. So whether it is sexual temptation or any other kind of sin, God is greater than the sin and He will give us the power in our lives to stand against sin.

One final word: with God's strength, stand against temptation. If you know that a certain place or person will tempt you to do evil, it is a good idea stay away from that person or place. "Bad company corrupts good morals." God gives us the power, but He also expects us to use common sense. If the fire is too hot, keep your hand away from it and you will not be burnt. Ask God for wisdom and for His power and He will help you and He can enable you to have great victory.

So, this week, let us pray that

  • God will help all of us -- you and me -- be pure and holy and keep away from sexual sin

  • God will help you stand strong against sin and avoid temptation

  • God will help our friend Paul have a successful operation this week and emerge in good health

THANK YOU so much for your prayers for our staff and volunteers here at Global Media Outreach. We need so much your prayer support! You play a key and vital role in helping reach the world for Jesus Christ.

May God bless you,

Your friends at Global Media Outreach



7:07 AM

My new jeep..

0 Comments »


Terasa bagai sangat boring duduk di rumah sewa tanpa ada apa2 permainan selain game dalam laptop..jadi stan pun g la ekspo yang diadakan setiap malam berdekatan pekan Selama..ternampak pula satu permainan yang amat menarik hati..hobi stan la ni..kat rumah stan ada la kereta mainan adik tp banyak yang dah rosak... Sebenarnya kereta mainan di atas adalah salah satu alat bantu mengajar stan di sekolah. Kombinasi kemajuan teknologi dari segi elektroniknya dapat menimbulkan minat pelajar untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai fungsi setiap komponen elektronik termasuklah perintang2, kapisitor2, transistor, litar bersepadu dan juga penggunaan radio dalam alat kawalan jauh..sambil2 mengajar tu, petang2 boleh la stan main kereta mainan stan kat tmn...benda yang simple cam ni kan boleh dijadikan hobi...

-dulu stan main dash yankuro je..-
10:06 PM

Bila Rindu..

0 Comments »



-Special for someone--ahaha..it's true--
6:20 PM

Sempadan ke sempadan..

0 Comments »
Malam semalam stan g Kulim, Kedah jap..saja2 makan angin..tapi pada waktu malam ja..8 orang..7 guru pelatih dan sorang adik guru pelatih, lepasan SPM...Stan tak la bimbang sangat sebab ada dua adik beradik tu anak kepada Ketua Polis Selama..pemandu kita orang boleh tahan la.. nasib baik dia sedar ada beberapa belas ekor lembu menghalang jalan, tak la berlaku kemalangan..jalan p sana bengkang-bengkok menyusuri ladang kelapa sawit..

kita g sana nak makan malam..ada la tu..ikan beberapa ekor, sup ekor ikan, sotong goreng, kailan dan mcm2 lagi...kita share la..ehe..RM11 sorang..puas hati..ada kelas ..kurang dari setengah jam g sana kalau dari Selama, Perak...cam ni la hidup stan.belajar kat sempadan Selangor-Perak, buat praktikum kat sempadan Kedah-Perak,..rumah keluarga stan di Sarawak pun kat sempadan Sarawak-Indonesia..Daerah Lubok Antu...jadual pengajaran stan dah pun disediakan oleh Cikgu Saralah..Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1A1, 2A2 dan 3A2 manakala subjek Sains Pertanian Tingkatan 4v1..boleh tahan la ni nanti..bengkel besar gak..peralatan pun lengkap..stkat skrg, stan suka bermain dengan arnab dan burung puyuh..comel...

-cinta antara sempadan stan-
5:16 PM

Istana baru ku...SEKUGA..

1 Comments »

" Hye cikgu.." begitulah kata-kata yang disertai dengan senyuman pelajar-pelajar aku di SMK Kubu Gajah, Selama. Sekolahnya agak besar dengan 4 blok gergasi yang disambungkan oleh jambatan konkrit dan juga susur gajah. Pemandangannya amat luas sekali apabila terpandang ke arah bukit-bukau yang dipenuhi dengan pokok kelapa sawit. Sekolah yang boleh memuatkan hampir 2,000 pelajar hanya mempunyai 305 orang murid sahaja dengan 29 orang guru. Padang yang luas dan dewan MPV yang besar serta datarannya yang cantik memukau mata yang memandang...banyak lagi kemudahan yang terdapat di sekolah ini...latihan mengajar akan bermula 2 minggu lagi..minggu depan masih buat rancangan orientasi sekolah...di sini lah aku belajar cara memulakan hari-hari sebagai guru pelatih..setiap hari pada minggu ROS ni aku diberi tanggungjawab untuk incharge 2 waktu pembelajaran. Tingkatan 1 - 5 je kat skolah ni... Banyak lagi yang ingin dikongsi sebenarnya tapi waktu tidak mengizinkan..ada kerja kena bagi beres dulu..kejap lagi nk btolak ke tg.malim..nak tengok kalau2 kat Khar ada buat hari terbuka ke tidak..jom jumpa di sanaaaaa...!!!!



-Stanley SMK Kubu Gajah, Selama, Perak-
6:10 PM

Tiada lagi....

2 Comments »
Tiada lagi aku di sana,
jangan kau cari aku..
tiada pun di kedai easy corner..
tiada pun di blok 2..
tiada pun di dobi khar..
tiada lagi dalam bas..

Ku tinggalkan kenangan di sana..
berlalu biarlah berlalu..
ku akan selalu nyanyikan lagu..
untukmu sahabat sejatiku...

Bukan ku pinta jauh2 begini..
namun apakan daya..

Burung terbang kerana sayapnya...
ikan berenang kerana siripnya..

Ada alasan semua ini..
nanti aku ceritakan segalanya padamu...

Alangkah indahnya kehidupan..
bila kau ada di depan mata..
tapi...yang itu tak mungkin akan di depan mata..
di hati susah dikenang..

Kecewaku dulu tetap di hati..
takkan terubat walau kau peluk aku sekalipun..
yang aku ingini sudah tiada lagi..
yang aku elakkan pula terjadi..

Mungkin aku salah cara..
salah ertikan ayat2 itu..
tak pandai berbahasa...
tapi budi dikata boneka....

Kini...
yang tiada lagi tak mungkin terganti..
kalau terganti tiada lagi seperti yang dulu..
inilah balasan terhadap yang ikhlas...

Tangisku dalam hati..
biarkanlah..dia sudah pergi...
jauh sekali..

China ke Indonesia ku carimu..
tak jumpa2..mungkin di Eropah..
kalau di sana, absolutely u dah jauh berubah...
jauh sekali...

11:16 AM

Lagenda bertemu lagenda...

2 Comments »
Dah lebih seminggu dah aku berada di Sarawak..perjalanan hidup yang agak sukar..bukan apa, banyak juga barang yang dibawa balik lebih2 lagi pakaian, laptop, gitar, dan hadiah2 yang kwn bagi..sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Uncle Christopher terus menjemputku tapi abg ku sudah lewat tiba di lapangan terbang tersebut..ahahaha..nak lawan ngan Uncle Christ mana boleh..kereta dia lagi laju.. ingatkan aku dan abg aku terus balik ke Sri Aman, tapi aku faham kerjaya abg ku macam mana sibuknya..terpaksalah aku bermalam satu malam di Kuching..kena juga check-in kat Grand Continental Hotel..barulah selesa nak rehat2kan badan..dah la semalaman aku berjaga di LCCT, KL, tak juga sampai2 di rumah sendiri..2 hari perjalanan..terima kasih kpd akram dan wan cenna kerana ambil berat..juga kepada apai ( hafiz ydp) dan syahir (nydp khar) kerana membantuku mengangkat barang masuk ke dalm bas... uhu..takutke nak mengajar di Sarawak nanti??? wakakaka...tak la jauh sgt, cuma kdg2 tu, kita kena pandai cari pengangkutan awam yang sesuai..kalau nak mengajar di kawasan pedalaman, contohnya kawasan Kapit ke, Sebuyau ke, Lubok Antu ke..kena la pakai byk kenderaan transit..bot lagi tu..ataupun firefly pun boleh..hah..yang tu kalau di bhgn miri atau bintulu... Skrg. aku tingal di daerah Lubok Antu, dekat ngan Batang Ai..hampir 45 km dari Bandar Sri Aman.. cam biasa la.. rindu plak nak hantar entry..skrg aku lebih selesa pergi ke cc untuk layari internet..laju dan murah..uhu..



Masa cuti seminggu lepas, aku dan bapa pergi ke kebun buah di Semilang, Sri Aman..banyak juga buah2an yang dah boleh dipetik.. sempat lagi tengok kambing2 yang semakin membesar.. nanti aku uploadkan sekali gambar2 kambing2 yang comel tu..uhu..dan 'haiwan2' lain..ehe.. dah terubat rindu di hati ketika dapat bersua kembali dengan kaum kerabat keluarga dan juga bersemuka dgn 'kekasih hati'..tapi takkan sama dengan 'seseorang tu'..ehe..pastu sempat juga lihat lagenda merahku yang dah banyak dicalar dan dirosakkan oleh adik ku..tak pe..sabar itu penting..ada rezeki nanti, boleh la aku repair balik..lebih baik ianya dalam keadaan yang original kan..

Buat masa ni, aku nak usahakan tanah keliling rumah untuk pertanian..kecil2an je cukup la dulu..ni kat kawasan persimpangan jalan ke Lubok Antu..datang la nanti kalau nak tengok.. tanah masih boleh dirawat lagi walau rata2nya tanahnya berpasir..pekan L.A jauh la dari rumah..hampir 50 km lebih..baik aku tanam sendiri sayuran..rumah aku kecik je..ehe..

Perjalanan hidup kita masih jauh lagi..teruskanlah berusaha dan jgn pernah berputus asa..jangan ada perkataan 'malas' dalam kamus hidup..utk kwn2 semua, kalau ada umur yang panjang, kita akan bertemu lagi..sms je ye..(+6013-4646214)..call pun boleh..jangan sia2kan hidup..selagi ada peluang, selagi itu kita curi kesempatan untuk memperbaiki apa yang kurang dalam diri..bye..!!

-Great Efforts Make Great Life-

-Stanley@Sri Aman-
6:29 PM

Sunyi..

0 Comments »
Em..tak tau nak kata apa..kesunyian amat terasa pada saat2 sebegini...mungkin esok la hari terakhir aku berada di kolej yang amat berjasa pada aku untuk sekian lama aku menuntut ilmu di UPSI..Kolej Harun Aminurrashid..itulah namanya..kwn2 serumah dah balik dah..tinggal aku ngan Syahir lagi..tu pun dia tiap2 hari g kerja di pejabat kolej..aku pula di restoran depan kolej...dari restoran aku memandang gah terhadap kolej setinggi 9 tingkat dengan 3 buah blok gergasi.. terkenang kembali ke zaman aku mula mendaftar di sini dahulu....betapa jauhnya aku dari keluarga..aku cabar diri sendiri dengan azam yang kuat..aku mendaftar tanpa mengenali siapa2 yang satu sekolah dengan ku dulu..atau saudara mara jauh atau dekat..tak ada...keluarga ku setakat dapat menitiskan air mata di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ketika pertama kali aku pergi terbang jauh ke Semenanjung Malaysia..."yes dad, ok mum..aku anak lelaki yang berani, biarkanku pergi jauh" sms ku sebelum melangkah masuk ke pesawat AK5210..masih ku ingat lagi no. flight ku itu..

Tetiba di LCCT..pertama kali aku melangkah ke tanah besar, ramai sungguh anak2 muda ku lihat bersama-sama meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur...sgt2 excited masa tu sebab dapat lihat KLCC dan Menara KL..ahh..bukan tak pernah lihat pun benda tu dalam tv dan akhbar selama ni, cuma rasanya lain skit apabila pertama kali menjejakkan kaki ke kwsn bangunan itu.. seperti mana juga aku terpesona dengan pemandangan di Kota Larangan dan Tembok Besar China di China dan Candi Borobudur, Candi Prambanan di Indonesia..suasananya jauh berbeza..di mana sahaja pun kita berada, janji kita pandai macam mana untuk 'survive', tak jadi masalah besar..

Kini..aku dah nak habis dah 'mengaji' di UPSI..itu untuk ijazah sarjana muda pendidikan...tak tau lagi la kalau rezeki ada, ingat nak sambung pengajian untuk ijazah sarjana pula...banyak juga kenangan di sini..bermula dengan menjadi rakan exco latihan kerjaya dan keusahawanan, aku dilatih untuk 'berasa tidak malu' dan 'bijak mencari peluang'..dua tu je yang bos aku, Cikgu Dzulhelmi bgtau kat aku dulu..itulah macam mana nak berjaya dalam sesuatu bidang perniagaan suatu hari nanti..memang kepala bisnez la kita ni..tak jemu2 cari duit asalkan halal..pastu Cikgu Aiman..dia sekarang mengajar di SMK Menumbuk, Sabah...dia pemalu skit tp strategi perniagaan yang gila2 dari rexco dia lebih hebat daripada strategi dia..pastu aku pula cuba untuk jadi seorang Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK)..memang payah kerjanya tp aku tak suka mengeluh..semangat cintakan kolej tak pernah luntur..masa tu lah aku belajar cara untuk berkomunikasi dan membina hubungan dengan lebih bermakna..aku sgt menghargai barisan kepimpinan JMK KHAR 08/09 kerana suka dan duka kita rasai bersama..kita ikhlas bekerja, tanpa gaji dan banyak rintangan yang dihadapi, namun akhirnya kita berjaya juga melepasi rintangan tersebut..kolej kita kolej yang gah..dengan penghuninya melebihi 2700 orang mahasiswa/wi..

Semester depan?? aku semester 8..masa tu aku buat latihan mengajar (praktikum) di SMK Kubu Gajah (SEKUGA), Selama, Perak..tak sabar2 lagi nak jadi cikgu ni..ehe..harapan keluarga aku semakin aku penuhi..harap2 semuanya ok..ikut kepandaian diri sendiri kalau mengajar nanti..walaupun hanya sbg seorang guru pelatih..aku inginkan yang lebih 'hebat' dari guru yang betul2 guru..ehe..amacam?? boleh?.. wait n see..keluaran UPSI bukan main2 ooo...mcm2 kemahiran yang ada..

Keinginan mengajar di sekolah di kawasan luar bandar amat tinggi..bukan la tak nak mengajar di bandaraya2..tapi bak kata orang, di mana yang lebih memerlukan, di situah kita berada.. walaupun begitu, byk juga tempat2 menarik yang boleh dilawati di kawasan Kubu Gajah, Selama, Perak..antaranya; Telaga Gergasi, Taman Herba, Sungai Atas Sungai, Kota Raja Bersiung dan banyak lagi..Homestay pun ada..nanti boleh la kwn2 melawat kita di sana..tempat yang dirasakan agak sesuai untuk menenangkan fikiran..Bandar Taiping pun tak la jauh sangat dari kawasan Kubu Gajah..tu memang tempat favourite aku..ada Zoo Taiping, Bukit Larut, Bukit Merah Laketown Resort dan mcm2 lagi..pasar malam yg bez lagi tu... semua ini mungkin hanya untuk menyenangkan hati yang sedang kesedihan meninggalkan kwn2 di UPSI dan juga di KHAR... lama2 akan jd okay la perasaan ini..

Esok..(23.11.09) pkul 7.30 p.m, aku dah nak bertolak ke Kuala Lumpur dari Bahtera Arcade, bas SKSKL..harap kwn2 yg sudi bertemu (mungkin untuk yang terakhir kalinya..) denganku, sms la ya..atau call lagi bagus..biar kita lepaskan apa yang ada di dalam dada dan jgn dipendam dalam hati..kwn2 semua la lagenda hati.. 24.11.09, 3.15 p.m, LCCT, AK5210, aku akan berangkat pulang ke pangkuan keluarga setelah sekian lama merantau di negeri orang...ramai yang menunggu..

Sekelip mata sahaja semuanya berlalu pergi..kenangan biarlah tinggal kenangan..yang comel, teruskanlah menjadi orang yang comel..tetapi mesti berhati mulia..begitu juga untuk yang cantik2 dan hensem2..selamat tinggal semua..teruskan perjuangan..

-Stanley James Peter-



You Are The Legend..!

1:53 AM

Thanks AirAsia..!! Penaja rasmi aku yg baru...

1 Comments »


What??!! Itulah perasaan aku ketika 1st time terima email dari pihak pengurusan AirAsia ..diorang bagi e-gift voucher..tak la banyak sgt tp boleh la.. aku kan orang miskin..diorang cam tau je aku dalam kesusahan sekarang...uhu..Thanks God...Penerbangan free ++ rm200...ehe..suka hati bila nak guna sebelum Februari tahun depan...tp baik aku guna peluang ni utk penerbangan balik ke kpg je..tak terkata rindunya pada keluarga..hampir setahun tak balik ke kpg kan..latihan industri punya pasal la..dah la 6 minggu hidup tanpa elektrik..memang ni la antara ujian hidup paling hebat pernah aku rasai selain drpd hampir maut (20% je peluang utk hidup-menurut doktor keluarga) ketika kemalangan 7 tahun yang lepas..masih tingkatan 4 lagi masa tu....patah sana, patah sini, darah diheret atas jalan., pecah sana, pecah sini..aku pengsan sebab seram tengok darah diheret atas jalan raya..ramai org ingat aku dah mati dah masa tu...darah keluar juga dari helmet..uhu...moto remuk dari depan sampai tengah..hampir hancur lagi tu..lain kali aku tak nak lg merempit sorang2..;p AirAsia sentiasa prihatin terhadap penumpangnya walaupun kadang2 terpaksa menangguhkn jadual penerbangan..keselamatan lebih penting..keadaan cuaca yang tidak baik menyebabkan penumpang AirAsia terpaksa menunggu untuk seketika..walaupun aku pernah tungggu ketibaan adik kandung di LCCT selama lebih 11 jam lebih lewat dari jadual asal, apakan daya, sabar ja la..kejap je tu..sesungguhnya sabar itu adalah kunci kejayaan hidup kita...sebenarnya, kita kena gerak lebih pantas dalam kesabaran..baru dapat nikmat hidup.. maaf ya kwn2..tarikh aku smpai di swk masih lg menjadi rahsia..hidup kita ni kalau tak menyusahkan orang dah kira ok la tu..smpai bila aku nk menyusahkan ibu bapa..cukuplah dengan kepayahan melahirkan aku dan membesarkan aku...dah masanya untuk aku balas jasa baik orang tua..uhu..biarlah semuanya menjadi kenangan..tak ada dendam..tak ada benci..aku syg kamu semua... pilih la jalan hidup yang betul dan jangan lupa pada asal kita...pulanglah ke pangkuan keluarga selagi masih ada kesempatan..duit kat mana2 pun boleh cari, tapi kesetiaan org tua kita menunggu kita jauh lebih bernilai dari apa2 pun..setitik air mata mereka pun yang jatuh, jangan kita biar berpanjangan.. Kalau ada silap dan salah..jutaan keampunan diminta..semoga kwn2 semua bahagia bsama org yg disayang.. kalau anda sepasang kekasih, jadilah pasangan yang setia; kalau anda seorang suami/isteri, patuhlah pada peraturan2 kebahagiaan rumah tangga, kalau anda seorang ibu/bapa, jaga dan bentuklah anak anda sebaik mungkin, kalau anda seorang guru, peguam, doktor, kerani, menteri, bisnesman sekalipun, berbaktilah pada rakyat dan golongan yang memerlukan..kerana anda pun memerlukan orang lain untuk menjawat jawatan sebegitu..!!

p/s: jgn marah ya..nanti kena jualll...ehe...love you all...


-Stanley James-
12:21 PM

My lovely college..KHAR..bye..

0 Comments »


Selamat tinggal pada semua kenangan dan pengalaman pahit manis di kolej ini..

-Stanley James-
1:42 PM

Kenangan Terakhir..

0 Comments »

Mungkin inilah kenangan yang terakhir bersama rakan2 'sehidup semati'..Seronok juga dapat mandi-manda di sungai Kalumpang semalam bersama-sama dengan kawan baru; saiful, adit dan ekin yang sgt2 comel..nak tau ekin tu siapa?? ehe..rahsia la... dah lewat tengah hari dah..tapi kita teruskan juga..memang sejuk..semua duka dapat dilupakan...'setiausaha politik' aku pun ikut sekali..byk benda nak dibincangkan..kununnya..ahaha..kita nk buat persiapan rapi..ada beberapa 'projek mega' dah dirancang dan akan dilaksanakan sebaik mungkin...shhh..apa2 pun..terima kasih kepada kwn baik stan, pius n stephenie kerana sudi mengajak aku ke tempat yg lebih dekat dengan alam..diorang dah mcm adik beradik aku..i'm yours..wakakaka...thanks to my great photographer...alban..

-Stanley James-

11:44 AM

Sejuta Keampunan Yang Ditolak..

0 Comments »

Shallom...

Firstly, sejuta keampunan diminta daripada sesiapa yang ‘terasa’ dengan entry yang baru aku post kan awal2 pagi ni..sejuk sangat pagi ni..tapi dalam hati masih lagi ‘panas skit’ dengan mesej yang dibalas melalui sms petang semalam...

Bukan apa..hujung2 pengajian di universiti ni aku ingat nak baik2 dengan semua orang..tiap kali jumpa kawan2 lama, kita saling maaf-bermaafan.. Teringat pula dengan seseorang yang sehingga hari ini pun dia tak maafkan aku malah bertambah benci dia pada aku..entah la..orang lain mungkin tidak..tapi dia semakin hari seperti semakin memusuhi aku..

Bukan nak hipokrit (katanya padaku), tapi ini la niat kita nak berbaik-baik..hantar je sms..pastu harap2 dapat mesej yang menggembirakan dari dia..tapi lain pula jadinya..tak apa la kawan ku, selagi kita masih bernyawa, selagi itulah kita dapat berjumpa.. Kamu tak pernah pun lebih dari seorang kawan..kan..kan..

Sudah la tu..cuma aku silap menghantar mesej..diberi warning lagi tu supaya aku jangan sms atau call lagi pada kwn ku itu..jd, bgmana nk tau khabar tentang kamu, hari ini, esok dan hari2 akan datang?? Kenapa ego sangat??? Aku tau la memang ini sikap aku, suka berkawan dengan orang yang masih bencikan aku..tapi kenapa nak teruskan juga dengan kerasnya kepala mu itu???!!! Semakin suka kamu memarahi saya, semakin suka saya berkawan dengan kamu.. dari kecil lagi, walau dipukul kawan supaya menjauhi diorang, aku masih lagi mau berjabat tangan dan berkawan semula walaupun selalu dimarahi..pukul la aku sekuat manapun kamu mau, aku tetap mau berkawan dengan kamu..itu kisah dari kecil lagi...bapa ku memang garang kalau aku buat sikit pun silap..tapi sangat penyayang kalau kita orang adik-beradik ikut disiplin yang dia nak..biasala kan.. seorang cikgu dan seorang bapa yang baik..

Emm..baiklah..bukan semua apa yang kita inginkan kita akan dapat walau kita dah cuba sedaya upaya kita..dan tak semua manusia sempurna..kalau kamu nk sgt2 berkawan dengan org yg sempurna, carilah dan kejar lah ia..i’m not anybody..jgn ubah perangai kepala kerasmu itu..untuk kwn2 yang lain, teruskan perjuangan kita..!

-Stanley James-
11:40 AM

Sedia kah aku..??

0 Comments »


Aku ingat masih lagi blurr ketika nak g exam penyelidikan ilmiah..terlewat juga masuk tempat exam walaupun masa baru bermula..dalam tak sedar, rupanya kertas soalan hampir dibuka tapi nota2 exam masih ada kat meja..ada beg lagi tu..tak sempat simpan..wakakaka..nasib baik tak kena 'cekup' lagi..mcm buat jenayah je bunyi nya kan..ehe...inilah kali pertama dalam byk2 exam aku, aku terbawa nota semasa nak jawab soalan, pengawas lanjutkan masa kerana tak siap2 lagi (15 minit atas budi bicara dan persetujuan semua pengawas serta pelajar lain) dan pertama kali tangan aku berasa kebas dan 'beku'...aha..sikit lg nak siap..sgt2 sikit..tp tak apa la..bukan menyerah kalah..tapi dah takdir tangan tak boleh menulis lagi..balik dari exam, terus urut2 skit tgn..ehe.. so, moral of the story..kpd kawan2 semua, jgn la buat benda2 sebegini..rehat kena cukup sebelum exam..tu je kott...aku memang dah bsedia..!!
2:06 PM

Kenapa???

0 Comments »
-Kenapa ada kamu ketika dia ada aku??-
3:48 PM

Nakal nye anak ku...

4 Comments »


Bukan papa nya tidak cukup duit untuk beli pakaian, tetapi memang anak kecil ini suka duduk dalam buah...sejuk..tak perlu aircond...mamanya dulu mengidam buah tembikai masa mengandungkannya..minum tembikai tiap2 hari,..ni lah hasilnya, baby tembikai pertama di dunia telah lahir...ahahahahaha...
4:31 PM

Tidur Waktu Kuliah...Exam Jangan.>!!

3 Comments »


Inilah cara bagaimana nak tidur ketika kuliah sedang berlangsung..dah jumpa dah caranya yang paling sesuai untuk dua orang kawan saya, azwan dan syahir yang suka sgt tidur..tak kira di mana-mana...dalam bas, bilik air, pejabat bitarasiswa, rumah, taman bunga dan juga bilik kuliah...wakakakaka...Selamat Menghabiskan Final Exam yang betul2 final..juga untuk kawan2 semua yang dah berada di semester 7...uhu...

-Stanley James-
1:44 PM

Good Luck..!!

0 Comments »
GooD LucK semua..!!!

Dalam Exam,

Kuatkan Semangat, Tabahkan Hati...

Lupakan Segala Apa Yang Membuatkan Kita Susah Hati...

Jangan Kata..."Susah la.."

Jangan Cuba Meniru Kiri Kanan Depan Belakang Atas Bawah Luar Dalam...

Fokus & Ingat Pada Apa Yang Telah Dibaca..

Akhir Sekali...

Sama-samalah Kita Berjuang..

Ingatlah Bahawa Setiap Orang Berhak Menjadi Juara...

12:38 PM

Hornbill (Our Pride Bird)

Hornbill (Our Pride Bird)