Subscribe to our RSS Feeds
Hello, this is a sample text to show how you can display a short information about you and or your blog. You can use this space to display text or image introduction or to display 468 x 60 ads and to maximize your earnings.

Cara menguasai bahasa Inggeris.

0 Comments »
Setiap orang mengimpikan untuk memperbaiki diri jika mempunyai kelemahan . Salah satu kelemahan rakyat Malaysia ialah kemahiran untuk bertutur dan menulis bahasa Inggeris. Walaupun subjek bahasa Inggeris telah diajar sejak sekolah rendah dan menengah namun keyakinan untuk bercakap dalam bahasa Inggeris sangat rendah.
Hal ini dapat dilihat, kesukaran graduan Universiti untuk mencari pekerjaan kerana kebanyakan syarikat mencari pekerja yang mahir bertutur Bahasa Inggeris.

Setelah membuat kajian, untuk menguasai Bahasa Inggeris perlu bermula dari rumah. Kenapa saya berkata begitu? Manusia belajar melalui peniruan sesuatu tindakan. Contohnya, jika kita lihat bayi yang sedang membesar, mereka belajar melalui tindakan ibu bapanya. Bayangkan, seorang bayi yang sedang membesar dan kini bersekolah rendah dan mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana, kanak-kanak tersebut belajar dan meniru tindakan penjaganya yang mahir berbahasa Inggeris. Apa yang cuba saya buktikan di sini adalah untuk meningkatkan kemahiran bahasa seseorang perlulah bermula dari rumah dan cuba mempraktikkan bercakap Bahasa Inggeris dengan keluarga. Walaupun kita telah belajar Bahasa Inggeris di sekolah namun dan setakat belajar teori sahaja maka sampai bila kita hendak pandai dari segi praktikal.

Tips untuk belajar Bahasa Inggeris

1. Luangkan masa 15-30 minit setiap hari untuk membaca bacaan Bahasa Inggeris.

2. Cara terbaik adalah ambil membaca surat khabar bahasa Inggeris, cerpen dan novel kegemaran. Selain itu lihat dan dengar siaran berita Bahasa Inggeris seperti CNN,BBC dan radio serta tv tempatan. Ini dapat membantu anda memperbetulkan sebutan Inggeris.

3. Menonton atau muat turun filem dari barat dan yang ada sari kata bahasa Inggeris di bawahnya dan cuba fahamkan. Di TV3 juga ada menyelitkan sari kata Bahasa Inggeris di dalam drama Melayu. Sambil-sambil menonton cerita kegemaran secara tak langsung kita belajar.

4. Praktikkan bercakap Bahasa Inggeris dengan ahli keluarga walaupun menggunakan ayat yang senang. Lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan dan kita tidak janggal bertutur Bahasa Inggeris. Sesama rakan kita malu dan saling ketawa sesama sendiri jika tersalah cakap atau tidak tahu.

5. Gunakan alat bantu mengajar seperti kamus.
2:37 PM

0 Responses to "Cara menguasai bahasa Inggeris."

Post a Comment

Hornbill (Our Pride Bird)

Hornbill (Our Pride Bird)