Subscribe to our RSS Feeds
Hello, this is a sample text to show how you can display a short information about you and or your blog. You can use this space to display text or image introduction or to display 468 x 60 ads and to maximize your earnings.

Pengalaman paling berharga

0 Comments »
Apakah pengalaman paling berharga anda? Setiap insan di dunia ini mempunyai pengalaman yang paling berharga dan yang menjadi kenangan abadi selamanya. Walaupun setiap pengalaman kita berbeza, ingin ku kongsikan di sini bagaimana pengalaman yang paling berharga buat diriku dan menjadi iktibar untuk aku meneruskan hidup. Bukan salah siapa-siapa, tetapi inilah dikatakan takdir. Ada duka ada cita. Begitulah bermula dan berakhirnya sebuah episod pengalaman ku itu..
Dua tahun berlalu..kisah ini masih segar dalam ingatan..nama Elissa Angelica masih bermain-main di fikiran walaupun jauh dia telah melangkah pergi. Bukan pertama kali aku melayari internet dan memasuki ruangan interaksi sosial, yang dikatakan sebagai ‘yahoo messenger’ a.k.a ym.. ketika menuntut di tahun kedua, iaitu semester 3, aku dan rakan-rakan ‘excited’ sangat dengan kemudahan yang ada di kolej kediaman.. jadi walaupun aku duduk di aras yang lebih tinggi, aku dan rakan-rakan senang untuk berhubung melalui ym. Kadang-kadang berbual agak lama..sampai terlepas waktu untuk makan..pernah juga..
Ceritera baru bermula..tergerak rasa di hati ingin membuka ‘roomchat sarawak’.. pada masa itu aku terserempak dgn nama ‘kumang_merinsa86’ dan lama-kelamaan berkenalan dan bergurau senda, akhirnya aku mengetahui bahawa dirinya ada sesuatu yang istimewa..dia menyatakan dia berminat untuk berbual dengan ku lagi dan meminta nombor telefonku. Dengan ikhlas aku memberinya dan hari demi hari, dia menyatakan hasratnya ingin berjumpa aku di negeri kelahiran ku, Sarawak..janji tetap ditunaikan..semasa cuti semester, aku pergi ke Bintulu dari Bandar Sri Aman dengan alasan ingin melawat datuk. Lebih 600 km jauhnya..setelah melawat atuk, hari seterusnya, aku meneruskan hajat untuk bertemu dengan rakan ‘ym’ ku itu. Alangkah gembiranya dia dan tanpa disedari, aku dipeluk dengan erat. Alamak..lepaskanku..!! Kerana aku lama tidak balik ke Bintulu, rasa malu dan segan dipeluk seorang perempuan kalau ada saudara mara aku terlihat..banyak juga cerita yang aku dapat kongsi dengan dia..
Cuti semester hampir tamat dan aku pun kembali ke tempatku menuntut ilmu..semester 4 menjelma..Elissa kembali ber’ym’ denganku dan alangkah terkejutnya aku ketika dia menyatakan dijemput untuk bekerja di satu syarikat perdagangan antarabangsa di Fukuoka, Jepun. Dia selama ini ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan menjadi seorang guru. Tetapi nasib dia bukan di UPSI namun terus bekerja. Rupa-rupanya bapa beliau merupakan seorang ahli korporat yang bergelar ‘Datuk’.. dia ingin menjalinkan hubungan denganku sebagai boyfriend dia..tetapi aku seperti tidak punya perasaan..masa tu memang aku masih ‘single’..Walaupun ada pergolakan dalam keluarga dia, dia tetap meneruskan perjuangan.. pada suatu masa, dia telah mengajak aku untuk menetap terus di Jepun dan belajar dan melanjutkan pelajaran di sana. Keluarga angkat dia sudi menerima kedatangan ku..tetapi aku menolak dengan baik. Kemudian dia mengirim satu salinan surat yang terpaksa aku tandatangan. Memang aku tidak tahu kandungan surat itu kerana menggunakan bahasa Jepun..katanya ada ‘surprise’.. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati bahawa dia telah mengambil seorang anak angkat dan bapanya adalah aku..!! Nama anak perempuanku itu adalah Ayumi Chan Stanley..baru boleh mengeluarkan kata-kata dan hampir tiap-tiap hari aku melayani karenahnya walaupun berada jauh di Jepun. Aku mula belajar cara untuk menjadi seorang bapa yang baik. Dalam surat perjanjian tersebut, Ellissa adalah isteriku dan Ayumi adalah anakku yang sah. Sebahagian besar harta Elissa diserahkan ke atas nama aku. Bukan aku gila harta...tapi aku akan gunakan harta itu sebaik mungkin untuk menolong insan lain yang memerlukan bantuan.



(sekadar gambar hiasan tetapi mirip Ayumi)

Hari demi hari, Ayumi semakin membesar dan petah berkata-kata. Walaupun bahasa Inggeris yang dituturkannya bercampur dengan ‘slang’ Jepun, aku tetap memahami setiap perkataan yang dikeluarkannya. Sebagai seorang bapa yang masih bergelar pelajar, aku tetap tidak abaikan Ayumi dan harapanku untuk berjumpa dengan dia sentiasa ada. Hanya gambar Ayumi yang ada dalam simpanan. Pada suatu hari, Ayumi telah dikejarkan ke hospital swasta yang berdekatan. Aku menjadi panik dan tidak putus-putus membuat panggilan kepada ibunya. Kata ibunya, anakku itu telah mengalami pendarahan yang teruk di bahagian belakang kepala dan luka di beberapa bahagian tubuh. Dia bermain-main dan terus bermain tanpa merasa sedikit pun sakit..luka ada di mana-mana. OMG..aku ingin menempah tiket penerbangan terus ke Tokyo tetapi malangnya semua tiket untuk tempoh satu minggu telah ditempah habis. Pada sebelah malamnya, aku dikejutkan sekali lagi apabila diberitahu bahawa Ayumi kesayanganku telah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan kerana sistem pertahanan tubuhnya yang lemah. Mengikut ibunya, Ayumi telah dikesan menghidap penyakit yang melibatkan kerosakan pada bahagian medula (otak). Penyakit ini dipercayai terjadi kepada salah seorang kanak-kanak daripada sejuta kanak-kanak. Aku tak dapat berbuat apa-apa melainkan kuatkan iman. Mengikut tradisi Jepun dan juga Sarawak, mayat Ayumi dibakar sehari selepas ‘post-mortem’ dilakukan dan abunya dibawa ke Sarawak dengan penuh adat. Sebahagian besar abunya disimpan di rumah ibunya dan selebihnya masih tinggal di Fukuoka, Jepun sebagai kenangan kepada keluarga Otosan. Sampai hari ini, aku masih teringat lagi suara-suara comel anakku itu..Ibunya telah menghilang sehingga ke hari ini dan dipercayai telah berpindah tempat kerja ke Warsaw, Poland.
Maafkan ku kawan-kawanku sekiranya pengalaman ku ini mengguris hati kawan-kawan semua. Kadang-kadang kita buat baik pada orang lain pun akan ada yang anggap kita ni nak mengambil kesempatan. Ingin aku katakan disini, kalau aku nak ambil kesempatan, aku dah lupakan tempat ku menuntut ini dan berpindah ke tempat lain selain daripada menerima dan menggunakan harta pemberian ibu Ayumi yang bernilai lebih RM1.3 juta sesuka hati. Sekarang aku lebih tenang apabila mencari duit sendiri dan bekerja di kedai makan secara sambilan walaupun ada tugasan yang perlu disiapkan. Gaji yang ditawarkan tidaklah lumayan dan apa yang penting, aku berusaha sendiri untuk mencapai apa yang diinginkan. Lebih tenang hati dan fikiran.
Inilah pengalaman yang dapat dijadikan pengajaran buat kawan-kawan semua. Sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki. Hargailah sesuatu itu sebelum kita kehilangannya..jangan juga bersikap tamak. Lakukan kebaikkan dengan ikhlas dan jangan sampai orang pandang kita dengan pandangan serong..
12:16 PM

0 Responses to "Pengalaman paling berharga"

Post a Comment

Hornbill (Our Pride Bird)

Hornbill (Our Pride Bird)