Subscribe to our RSS Feeds
Hello, this is a sample text to show how you can display a short information about you and or your blog. You can use this space to display text or image introduction or to display 468 x 60 ads and to maximize your earnings.

Sunyi..

0 Comments »
Em..tak tau nak kata apa..kesunyian amat terasa pada saat2 sebegini...mungkin esok la hari terakhir aku berada di kolej yang amat berjasa pada aku untuk sekian lama aku menuntut ilmu di UPSI..Kolej Harun Aminurrashid..itulah namanya..kwn2 serumah dah balik dah..tinggal aku ngan Syahir lagi..tu pun dia tiap2 hari g kerja di pejabat kolej..aku pula di restoran depan kolej...dari restoran aku memandang gah terhadap kolej setinggi 9 tingkat dengan 3 buah blok gergasi.. terkenang kembali ke zaman aku mula mendaftar di sini dahulu....betapa jauhnya aku dari keluarga..aku cabar diri sendiri dengan azam yang kuat..aku mendaftar tanpa mengenali siapa2 yang satu sekolah dengan ku dulu..atau saudara mara jauh atau dekat..tak ada...keluarga ku setakat dapat menitiskan air mata di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ketika pertama kali aku pergi terbang jauh ke Semenanjung Malaysia..."yes dad, ok mum..aku anak lelaki yang berani, biarkanku pergi jauh" sms ku sebelum melangkah masuk ke pesawat AK5210..masih ku ingat lagi no. flight ku itu..

Tetiba di LCCT..pertama kali aku melangkah ke tanah besar, ramai sungguh anak2 muda ku lihat bersama-sama meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur...sgt2 excited masa tu sebab dapat lihat KLCC dan Menara KL..ahh..bukan tak pernah lihat pun benda tu dalam tv dan akhbar selama ni, cuma rasanya lain skit apabila pertama kali menjejakkan kaki ke kwsn bangunan itu.. seperti mana juga aku terpesona dengan pemandangan di Kota Larangan dan Tembok Besar China di China dan Candi Borobudur, Candi Prambanan di Indonesia..suasananya jauh berbeza..di mana sahaja pun kita berada, janji kita pandai macam mana untuk 'survive', tak jadi masalah besar..

Kini..aku dah nak habis dah 'mengaji' di UPSI..itu untuk ijazah sarjana muda pendidikan...tak tau lagi la kalau rezeki ada, ingat nak sambung pengajian untuk ijazah sarjana pula...banyak juga kenangan di sini..bermula dengan menjadi rakan exco latihan kerjaya dan keusahawanan, aku dilatih untuk 'berasa tidak malu' dan 'bijak mencari peluang'..dua tu je yang bos aku, Cikgu Dzulhelmi bgtau kat aku dulu..itulah macam mana nak berjaya dalam sesuatu bidang perniagaan suatu hari nanti..memang kepala bisnez la kita ni..tak jemu2 cari duit asalkan halal..pastu Cikgu Aiman..dia sekarang mengajar di SMK Menumbuk, Sabah...dia pemalu skit tp strategi perniagaan yang gila2 dari rexco dia lebih hebat daripada strategi dia..pastu aku pula cuba untuk jadi seorang Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK)..memang payah kerjanya tp aku tak suka mengeluh..semangat cintakan kolej tak pernah luntur..masa tu lah aku belajar cara untuk berkomunikasi dan membina hubungan dengan lebih bermakna..aku sgt menghargai barisan kepimpinan JMK KHAR 08/09 kerana suka dan duka kita rasai bersama..kita ikhlas bekerja, tanpa gaji dan banyak rintangan yang dihadapi, namun akhirnya kita berjaya juga melepasi rintangan tersebut..kolej kita kolej yang gah..dengan penghuninya melebihi 2700 orang mahasiswa/wi..

Semester depan?? aku semester 8..masa tu aku buat latihan mengajar (praktikum) di SMK Kubu Gajah (SEKUGA), Selama, Perak..tak sabar2 lagi nak jadi cikgu ni..ehe..harapan keluarga aku semakin aku penuhi..harap2 semuanya ok..ikut kepandaian diri sendiri kalau mengajar nanti..walaupun hanya sbg seorang guru pelatih..aku inginkan yang lebih 'hebat' dari guru yang betul2 guru..ehe..amacam?? boleh?.. wait n see..keluaran UPSI bukan main2 ooo...mcm2 kemahiran yang ada..

Keinginan mengajar di sekolah di kawasan luar bandar amat tinggi..bukan la tak nak mengajar di bandaraya2..tapi bak kata orang, di mana yang lebih memerlukan, di situah kita berada.. walaupun begitu, byk juga tempat2 menarik yang boleh dilawati di kawasan Kubu Gajah, Selama, Perak..antaranya; Telaga Gergasi, Taman Herba, Sungai Atas Sungai, Kota Raja Bersiung dan banyak lagi..Homestay pun ada..nanti boleh la kwn2 melawat kita di sana..tempat yang dirasakan agak sesuai untuk menenangkan fikiran..Bandar Taiping pun tak la jauh sangat dari kawasan Kubu Gajah..tu memang tempat favourite aku..ada Zoo Taiping, Bukit Larut, Bukit Merah Laketown Resort dan mcm2 lagi..pasar malam yg bez lagi tu... semua ini mungkin hanya untuk menyenangkan hati yang sedang kesedihan meninggalkan kwn2 di UPSI dan juga di KHAR... lama2 akan jd okay la perasaan ini..

Esok..(23.11.09) pkul 7.30 p.m, aku dah nak bertolak ke Kuala Lumpur dari Bahtera Arcade, bas SKSKL..harap kwn2 yg sudi bertemu (mungkin untuk yang terakhir kalinya..) denganku, sms la ya..atau call lagi bagus..biar kita lepaskan apa yang ada di dalam dada dan jgn dipendam dalam hati..kwn2 semua la lagenda hati.. 24.11.09, 3.15 p.m, LCCT, AK5210, aku akan berangkat pulang ke pangkuan keluarga setelah sekian lama merantau di negeri orang...ramai yang menunggu..

Sekelip mata sahaja semuanya berlalu pergi..kenangan biarlah tinggal kenangan..yang comel, teruskanlah menjadi orang yang comel..tetapi mesti berhati mulia..begitu juga untuk yang cantik2 dan hensem2..selamat tinggal semua..teruskan perjuangan..

-Stanley James Peter-



You Are The Legend..!

1:53 AM

Thanks AirAsia..!! Penaja rasmi aku yg baru...

1 Comments »


What??!! Itulah perasaan aku ketika 1st time terima email dari pihak pengurusan AirAsia ..diorang bagi e-gift voucher..tak la banyak sgt tp boleh la.. aku kan orang miskin..diorang cam tau je aku dalam kesusahan sekarang...uhu..Thanks God...Penerbangan free ++ rm200...ehe..suka hati bila nak guna sebelum Februari tahun depan...tp baik aku guna peluang ni utk penerbangan balik ke kpg je..tak terkata rindunya pada keluarga..hampir setahun tak balik ke kpg kan..latihan industri punya pasal la..dah la 6 minggu hidup tanpa elektrik..memang ni la antara ujian hidup paling hebat pernah aku rasai selain drpd hampir maut (20% je peluang utk hidup-menurut doktor keluarga) ketika kemalangan 7 tahun yang lepas..masih tingkatan 4 lagi masa tu....patah sana, patah sini, darah diheret atas jalan., pecah sana, pecah sini..aku pengsan sebab seram tengok darah diheret atas jalan raya..ramai org ingat aku dah mati dah masa tu...darah keluar juga dari helmet..uhu...moto remuk dari depan sampai tengah..hampir hancur lagi tu..lain kali aku tak nak lg merempit sorang2..;p AirAsia sentiasa prihatin terhadap penumpangnya walaupun kadang2 terpaksa menangguhkn jadual penerbangan..keselamatan lebih penting..keadaan cuaca yang tidak baik menyebabkan penumpang AirAsia terpaksa menunggu untuk seketika..walaupun aku pernah tungggu ketibaan adik kandung di LCCT selama lebih 11 jam lebih lewat dari jadual asal, apakan daya, sabar ja la..kejap je tu..sesungguhnya sabar itu adalah kunci kejayaan hidup kita...sebenarnya, kita kena gerak lebih pantas dalam kesabaran..baru dapat nikmat hidup.. maaf ya kwn2..tarikh aku smpai di swk masih lg menjadi rahsia..hidup kita ni kalau tak menyusahkan orang dah kira ok la tu..smpai bila aku nk menyusahkan ibu bapa..cukuplah dengan kepayahan melahirkan aku dan membesarkan aku...dah masanya untuk aku balas jasa baik orang tua..uhu..biarlah semuanya menjadi kenangan..tak ada dendam..tak ada benci..aku syg kamu semua... pilih la jalan hidup yang betul dan jangan lupa pada asal kita...pulanglah ke pangkuan keluarga selagi masih ada kesempatan..duit kat mana2 pun boleh cari, tapi kesetiaan org tua kita menunggu kita jauh lebih bernilai dari apa2 pun..setitik air mata mereka pun yang jatuh, jangan kita biar berpanjangan.. Kalau ada silap dan salah..jutaan keampunan diminta..semoga kwn2 semua bahagia bsama org yg disayang.. kalau anda sepasang kekasih, jadilah pasangan yang setia; kalau anda seorang suami/isteri, patuhlah pada peraturan2 kebahagiaan rumah tangga, kalau anda seorang ibu/bapa, jaga dan bentuklah anak anda sebaik mungkin, kalau anda seorang guru, peguam, doktor, kerani, menteri, bisnesman sekalipun, berbaktilah pada rakyat dan golongan yang memerlukan..kerana anda pun memerlukan orang lain untuk menjawat jawatan sebegitu..!!

p/s: jgn marah ya..nanti kena jualll...ehe...love you all...


-Stanley James-
12:21 PM

My lovely college..KHAR..bye..

0 Comments »


Selamat tinggal pada semua kenangan dan pengalaman pahit manis di kolej ini..

-Stanley James-
1:42 PM

Kenangan Terakhir..

0 Comments »

Mungkin inilah kenangan yang terakhir bersama rakan2 'sehidup semati'..Seronok juga dapat mandi-manda di sungai Kalumpang semalam bersama-sama dengan kawan baru; saiful, adit dan ekin yang sgt2 comel..nak tau ekin tu siapa?? ehe..rahsia la... dah lewat tengah hari dah..tapi kita teruskan juga..memang sejuk..semua duka dapat dilupakan...'setiausaha politik' aku pun ikut sekali..byk benda nak dibincangkan..kununnya..ahaha..kita nk buat persiapan rapi..ada beberapa 'projek mega' dah dirancang dan akan dilaksanakan sebaik mungkin...shhh..apa2 pun..terima kasih kepada kwn baik stan, pius n stephenie kerana sudi mengajak aku ke tempat yg lebih dekat dengan alam..diorang dah mcm adik beradik aku..i'm yours..wakakaka...thanks to my great photographer...alban..

-Stanley James-

11:44 AM

Sejuta Keampunan Yang Ditolak..

0 Comments »

Shallom...

Firstly, sejuta keampunan diminta daripada sesiapa yang ‘terasa’ dengan entry yang baru aku post kan awal2 pagi ni..sejuk sangat pagi ni..tapi dalam hati masih lagi ‘panas skit’ dengan mesej yang dibalas melalui sms petang semalam...

Bukan apa..hujung2 pengajian di universiti ni aku ingat nak baik2 dengan semua orang..tiap kali jumpa kawan2 lama, kita saling maaf-bermaafan.. Teringat pula dengan seseorang yang sehingga hari ini pun dia tak maafkan aku malah bertambah benci dia pada aku..entah la..orang lain mungkin tidak..tapi dia semakin hari seperti semakin memusuhi aku..

Bukan nak hipokrit (katanya padaku), tapi ini la niat kita nak berbaik-baik..hantar je sms..pastu harap2 dapat mesej yang menggembirakan dari dia..tapi lain pula jadinya..tak apa la kawan ku, selagi kita masih bernyawa, selagi itulah kita dapat berjumpa.. Kamu tak pernah pun lebih dari seorang kawan..kan..kan..

Sudah la tu..cuma aku silap menghantar mesej..diberi warning lagi tu supaya aku jangan sms atau call lagi pada kwn ku itu..jd, bgmana nk tau khabar tentang kamu, hari ini, esok dan hari2 akan datang?? Kenapa ego sangat??? Aku tau la memang ini sikap aku, suka berkawan dengan orang yang masih bencikan aku..tapi kenapa nak teruskan juga dengan kerasnya kepala mu itu???!!! Semakin suka kamu memarahi saya, semakin suka saya berkawan dengan kamu.. dari kecil lagi, walau dipukul kawan supaya menjauhi diorang, aku masih lagi mau berjabat tangan dan berkawan semula walaupun selalu dimarahi..pukul la aku sekuat manapun kamu mau, aku tetap mau berkawan dengan kamu..itu kisah dari kecil lagi...bapa ku memang garang kalau aku buat sikit pun silap..tapi sangat penyayang kalau kita orang adik-beradik ikut disiplin yang dia nak..biasala kan.. seorang cikgu dan seorang bapa yang baik..

Emm..baiklah..bukan semua apa yang kita inginkan kita akan dapat walau kita dah cuba sedaya upaya kita..dan tak semua manusia sempurna..kalau kamu nk sgt2 berkawan dengan org yg sempurna, carilah dan kejar lah ia..i’m not anybody..jgn ubah perangai kepala kerasmu itu..untuk kwn2 yang lain, teruskan perjuangan kita..!

-Stanley James-
11:40 AM

Sedia kah aku..??

0 Comments »


Aku ingat masih lagi blurr ketika nak g exam penyelidikan ilmiah..terlewat juga masuk tempat exam walaupun masa baru bermula..dalam tak sedar, rupanya kertas soalan hampir dibuka tapi nota2 exam masih ada kat meja..ada beg lagi tu..tak sempat simpan..wakakaka..nasib baik tak kena 'cekup' lagi..mcm buat jenayah je bunyi nya kan..ehe...inilah kali pertama dalam byk2 exam aku, aku terbawa nota semasa nak jawab soalan, pengawas lanjutkan masa kerana tak siap2 lagi (15 minit atas budi bicara dan persetujuan semua pengawas serta pelajar lain) dan pertama kali tangan aku berasa kebas dan 'beku'...aha..sikit lg nak siap..sgt2 sikit..tp tak apa la..bukan menyerah kalah..tapi dah takdir tangan tak boleh menulis lagi..balik dari exam, terus urut2 skit tgn..ehe.. so, moral of the story..kpd kawan2 semua, jgn la buat benda2 sebegini..rehat kena cukup sebelum exam..tu je kott...aku memang dah bsedia..!!
2:06 PM

Kenapa???

0 Comments »
-Kenapa ada kamu ketika dia ada aku??-
3:48 PM

Nakal nye anak ku...

4 Comments »


Bukan papa nya tidak cukup duit untuk beli pakaian, tetapi memang anak kecil ini suka duduk dalam buah...sejuk..tak perlu aircond...mamanya dulu mengidam buah tembikai masa mengandungkannya..minum tembikai tiap2 hari,..ni lah hasilnya, baby tembikai pertama di dunia telah lahir...ahahahahaha...
4:31 PM

Tidur Waktu Kuliah...Exam Jangan.>!!

3 Comments »


Inilah cara bagaimana nak tidur ketika kuliah sedang berlangsung..dah jumpa dah caranya yang paling sesuai untuk dua orang kawan saya, azwan dan syahir yang suka sgt tidur..tak kira di mana-mana...dalam bas, bilik air, pejabat bitarasiswa, rumah, taman bunga dan juga bilik kuliah...wakakakaka...Selamat Menghabiskan Final Exam yang betul2 final..juga untuk kawan2 semua yang dah berada di semester 7...uhu...

-Stanley James-
1:44 PM

Good Luck..!!

0 Comments »
GooD LucK semua..!!!

Dalam Exam,

Kuatkan Semangat, Tabahkan Hati...

Lupakan Segala Apa Yang Membuatkan Kita Susah Hati...

Jangan Kata..."Susah la.."

Jangan Cuba Meniru Kiri Kanan Depan Belakang Atas Bawah Luar Dalam...

Fokus & Ingat Pada Apa Yang Telah Dibaca..

Akhir Sekali...

Sama-samalah Kita Berjuang..

Ingatlah Bahawa Setiap Orang Berhak Menjadi Juara...

12:38 PM
Powered By Blogger

Hornbill (Our Pride Bird)

Hornbill (Our Pride Bird)