Subscribe to our RSS Feeds
Hello, this is a sample text to show how you can display a short information about you and or your blog. You can use this space to display text or image introduction or to display 468 x 60 ads and to maximize your earnings.

Sunyi..

0 Comments »
Em..tak tau nak kata apa..kesunyian amat terasa pada saat2 sebegini...mungkin esok la hari terakhir aku berada di kolej yang amat berjasa pada aku untuk sekian lama aku menuntut ilmu di UPSI..Kolej Harun Aminurrashid..itulah namanya..kwn2 serumah dah balik dah..tinggal aku ngan Syahir lagi..tu pun dia tiap2 hari g kerja di pejabat kolej..aku pula di restoran depan kolej...dari restoran aku memandang gah terhadap kolej setinggi 9 tingkat dengan 3 buah blok gergasi.. terkenang kembali ke zaman aku mula mendaftar di sini dahulu....betapa jauhnya aku dari keluarga..aku cabar diri sendiri dengan azam yang kuat..aku mendaftar tanpa mengenali siapa2 yang satu sekolah dengan ku dulu..atau saudara mara jauh atau dekat..tak ada...keluarga ku setakat dapat menitiskan air mata di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ketika pertama kali aku pergi terbang jauh ke Semenanjung Malaysia..."yes dad, ok mum..aku anak lelaki yang berani, biarkanku pergi jauh" sms ku sebelum melangkah masuk ke pesawat AK5210..masih ku ingat lagi no. flight ku itu..

Tetiba di LCCT..pertama kali aku melangkah ke tanah besar, ramai sungguh anak2 muda ku lihat bersama-sama meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur...sgt2 excited masa tu sebab dapat lihat KLCC dan Menara KL..ahh..bukan tak pernah lihat pun benda tu dalam tv dan akhbar selama ni, cuma rasanya lain skit apabila pertama kali menjejakkan kaki ke kwsn bangunan itu.. seperti mana juga aku terpesona dengan pemandangan di Kota Larangan dan Tembok Besar China di China dan Candi Borobudur, Candi Prambanan di Indonesia..suasananya jauh berbeza..di mana sahaja pun kita berada, janji kita pandai macam mana untuk 'survive', tak jadi masalah besar..

Kini..aku dah nak habis dah 'mengaji' di UPSI..itu untuk ijazah sarjana muda pendidikan...tak tau lagi la kalau rezeki ada, ingat nak sambung pengajian untuk ijazah sarjana pula...banyak juga kenangan di sini..bermula dengan menjadi rakan exco latihan kerjaya dan keusahawanan, aku dilatih untuk 'berasa tidak malu' dan 'bijak mencari peluang'..dua tu je yang bos aku, Cikgu Dzulhelmi bgtau kat aku dulu..itulah macam mana nak berjaya dalam sesuatu bidang perniagaan suatu hari nanti..memang kepala bisnez la kita ni..tak jemu2 cari duit asalkan halal..pastu Cikgu Aiman..dia sekarang mengajar di SMK Menumbuk, Sabah...dia pemalu skit tp strategi perniagaan yang gila2 dari rexco dia lebih hebat daripada strategi dia..pastu aku pula cuba untuk jadi seorang Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK)..memang payah kerjanya tp aku tak suka mengeluh..semangat cintakan kolej tak pernah luntur..masa tu lah aku belajar cara untuk berkomunikasi dan membina hubungan dengan lebih bermakna..aku sgt menghargai barisan kepimpinan JMK KHAR 08/09 kerana suka dan duka kita rasai bersama..kita ikhlas bekerja, tanpa gaji dan banyak rintangan yang dihadapi, namun akhirnya kita berjaya juga melepasi rintangan tersebut..kolej kita kolej yang gah..dengan penghuninya melebihi 2700 orang mahasiswa/wi..

Semester depan?? aku semester 8..masa tu aku buat latihan mengajar (praktikum) di SMK Kubu Gajah (SEKUGA), Selama, Perak..tak sabar2 lagi nak jadi cikgu ni..ehe..harapan keluarga aku semakin aku penuhi..harap2 semuanya ok..ikut kepandaian diri sendiri kalau mengajar nanti..walaupun hanya sbg seorang guru pelatih..aku inginkan yang lebih 'hebat' dari guru yang betul2 guru..ehe..amacam?? boleh?.. wait n see..keluaran UPSI bukan main2 ooo...mcm2 kemahiran yang ada..

Keinginan mengajar di sekolah di kawasan luar bandar amat tinggi..bukan la tak nak mengajar di bandaraya2..tapi bak kata orang, di mana yang lebih memerlukan, di situah kita berada.. walaupun begitu, byk juga tempat2 menarik yang boleh dilawati di kawasan Kubu Gajah, Selama, Perak..antaranya; Telaga Gergasi, Taman Herba, Sungai Atas Sungai, Kota Raja Bersiung dan banyak lagi..Homestay pun ada..nanti boleh la kwn2 melawat kita di sana..tempat yang dirasakan agak sesuai untuk menenangkan fikiran..Bandar Taiping pun tak la jauh sangat dari kawasan Kubu Gajah..tu memang tempat favourite aku..ada Zoo Taiping, Bukit Larut, Bukit Merah Laketown Resort dan mcm2 lagi..pasar malam yg bez lagi tu... semua ini mungkin hanya untuk menyenangkan hati yang sedang kesedihan meninggalkan kwn2 di UPSI dan juga di KHAR... lama2 akan jd okay la perasaan ini..

Esok..(23.11.09) pkul 7.30 p.m, aku dah nak bertolak ke Kuala Lumpur dari Bahtera Arcade, bas SKSKL..harap kwn2 yg sudi bertemu (mungkin untuk yang terakhir kalinya..) denganku, sms la ya..atau call lagi bagus..biar kita lepaskan apa yang ada di dalam dada dan jgn dipendam dalam hati..kwn2 semua la lagenda hati.. 24.11.09, 3.15 p.m, LCCT, AK5210, aku akan berangkat pulang ke pangkuan keluarga setelah sekian lama merantau di negeri orang...ramai yang menunggu..

Sekelip mata sahaja semuanya berlalu pergi..kenangan biarlah tinggal kenangan..yang comel, teruskanlah menjadi orang yang comel..tetapi mesti berhati mulia..begitu juga untuk yang cantik2 dan hensem2..selamat tinggal semua..teruskan perjuangan..

-Stanley James Peter-



You Are The Legend..!

1:53 AM

0 Responses to "Sunyi.."

Post a Comment

Powered By Blogger

Hornbill (Our Pride Bird)

Hornbill (Our Pride Bird)